“…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. Ar-Ra’d [13]:23-24)

ukhwahfillah

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Sahabat alam maya

Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat. Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.~imam Syafie~

persahabatan dan kemesraan..

SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.

I love my friend always n forever..

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari" ( Saidina Ali)

sahabat itu bukan pada pertemuan tp ingatan yang tidak pernah pudar

" Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"(Saidina Ali)

Wednesday, September 29, 2010

HARAPAN IBUBAPA

HARAPAN IBUBAPA

SATU HARI NANTI APABILA KAMU MELIHAT KAMI MENJADI TUA, LEMAH, BERKEDUT, PELUPA, HODOH, BURUK, TIDAK CERGAS,NANYUK DAN TIDAK BERMAYA BERSABARLAH WAHAI ANAKKU DAN CUBA MEMAHAMI DIRI KAMI

JIKA KAMI MAKAN, BERSELERAK, MENGOTORKAN MEJA, MEMECAHKAN PINGGAN KERANA TIDAK MAMPU MEMEGANG PINGGAN LAGI, KAMI TIDAK MAMPU UNTUK MENYUAPKAN NASI KE MULUT KAMI, JANGANLAH MEMAKI HAMUN KAMI SEPERTI ANJING KURAP DAN INGATLAH KETIKA KAMU MASIH KECIL KAMI MENYUAPKAN MAKANAN KE MULUT KAMU DENGAN HARAPAN KAMU MENJADI ANAK YANG SIHAT DAN DAPAT MENERUSKAN KEHIDUPAN, BERBEZA DENGAN KAMU YANG MENYUAPKAN NASI KE MULUT KAMI YANG MENGHARAPKAN KAMI MATI SEGERA.

JIKA KAMI TIDAK MAMPU UNTUK MEMAKAI BAJU DAN MENYIKAT RAMBUT KAMI LAGI NANTI KERANA TERLALU LEMAH DAN SAKIT, JANGANLAH MENGHERDIK KAMI SEPERTI KANAK-KANAK KECIL DAN INGATLAH KETIKA KAMI MEMAKAIKAN KAMU BAJU DAN MENYISIR RAMBUT KAMU SEWAKTU KAMU MASIH KECIL DENGAN PENUH KASIH SAYANG.

JIKA KAMI BERCAKAP DENGAN KAMU, KAMI MENGULANGINYA LAGI CERITA DAN BENDA YANG SAMA, JANGANLAH TIDAK MEMPEDULIKAN KAMI TUMPUKAN PERHATIAN KEPADA KAMI KERANA KETIKA KAMU KECIL KAMI MEMBACA BUKU CERITA YANG SAMA SEHINGGA KAMU TERTIDUR TANPA RASA JEMU DAN BOSAN.
JIKA KAMI TIDAK MAHU MANDI DAN JANGANLAH MEMALUKAN KAMI DAN MEMARAHI KAMI. INGATLAH KETIKA KAMU KECIL KAMI MENYURUH KAMI MANDI DAN KAMU MEMBERIKAN PELBAGAI ALASAN. KAMI TETAP BERSABAR DENGAN KARENAHMU WAHAI ANAK-ANAKKU.

JIKA ADA BENDA-BENDA BARU YANG KAMI TIDAK TAHU, AJARLAH KAMI DENGAN LEMAH LEMBUT. INGATLAH KAMI TELAH BANYAK MENGAJAR PERKARA-PERKARA BARU KETIKA KAMU KECIL. MAKAN DENGAN BETUL, MEMAKAI BAJU DENGAN BETUL, BERSOLAT, MEMBACA AL-QURAN, MENUTUP AURAT, BERSABAR, JANGAN BAKHIL DAN JANGAN TAKUT BILA MEMPERJUANGKAN ISLAM.

JIKA KAMI TIDAK MAHU MAKAN, JANGANLAH TERLALU MEMAKSA KAMI. KAMI AKAN MAKAN BILA SAMPAI MASANYA. HULURKAN TANGAN SEWAKTU KAMI TIDAK MAMPU BERJALAN SEPERTI KAMU BARU MULA BELAJAR BERJALAN.

JIKA KAMI SELALU “ MEREPOTKAN ” KAMU ATAU MELECEHKAN KEHIDUPAN KAMU SEBAB KAMI SUDAH TIDAK PRODUKTIF LAGI JANGANLAH MENGHANTAR KAMI KE RUMAH ORANG TUA-TUA KERANA DI SITU MERUPAKAN TRANSIT KAMI YANG TERAKHIR SEBELUM KAMI BERPINDAH KE ALAM KUBUR, INGATLAH KETIKA KAMU KECIL KAMU SELALU “ MEREPOTKAN ” KAMI DAN KAMI SENTIASA BERJAGA MALAM UNTUK MEMASTIKAN KAMU SENTIASA SELESA DAN DAPAT TIDUR DENGAN NYENYAK.

JANGAN KAMU MARAH AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU BENCI AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU SESALI AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU MALU AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU MEMANDANG HINA AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU MEMANDANG JIJIK AKAN KEADAAN KAMI. JANGAN KAMU PERLEKEHKAN KAMI. JANGAN KAMU CACI MAKI KAMI. JANGAN KAMU CERCA KAMI……………KERANA BILA KAMU SUDAH MENJADI SEPERTI KAMI, KAMU AKAN FAHAM AKAN KEADAAN KAMI.

HANYA YANG MENJADI HARAPAN KAMI WAHAI ANAKKU ………………………SEDEKAHKAN AL-FATIHAH SEKIRANYA KAMI TELAH BERPINDAH KE ALAM BARZAKH, DOAKAN KESEJAHTERAAN KAMI SETIAP KALI SELESAI MENUNAIKAN SOLAT SEPERTI YANG DIAJARKAN OLEH ALLAH S.W.T “ YA ALLAH AMPUNKAN DOSAKU DAN DOSA KEDUA IBU BAPAKU DAN RAHMATILAH KEDUA-DUANYA YA ALLAH KERANA KEDUA-DUANYA TELAH MENDIDIKKU SEMASA KECIL SEHINGGA AKU MENGENALIMU YA ALLAH ” DAN AKHIRNYA ANAKKU…….. JANGANLAH KAMU MELAKUKAN KEMAKSIATAN KEPADA ALLAH KERANA IANYA AKAN MENYEBABKAN KAMI AKAN DISIKSA OLEH MALAIKAT-MALAIKAT ALLAH LANTARAN DARI KEALPAAN DAN KELALAIAN KAMI MENDIDIK KAMU DAHULU.

“ YA ALLAH MANFAATKAN KAMI DI ATAS APA YANG ENGKAU AJAR KEPADA KAMI, AJARKANLAH KEPADA KAMI YA ALLAH DENGAN PERKARA-PERKARA YANG BERMANFAAT BAGI KAMI.

PANDANGLAH KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN RAHMAT DAN KASIH SAYANGMU DAN JANGANLAH ENGKAU PANDANG KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN KEMURKAANMU.

KAMI MERENDAHKAN DIRI KAMI YANG HINA DINA INI YA ALLAH, YANG JAHIL INI YA ALLAH, YANG LEMAH INI YA ALLAH, YANG BANYAK MELAKUKAN DOSA INI YA ALLAH.

AMPUNKAN DOSA KAMI YA ALLAH, SIAPAKAH YANG DAPAT MENGAMPUNKAN DOSA KAMI YANG BANYAK KALAU BUKAN ENGKAU YA ALLAH. AMPUNKAN DOSA KEDUA IBUBAPA KAMI YA ALLAH. AMPUNKAN DOSA AYAH KAMI YA ALLAH, AYAH YANG TELAH MEMBANTING TULANG EMPAT KERATNYA MEMBESARKAN KAMI SEHINGGA MENJADI MANUSIA YANG BERGUNA. AMPUNKAN DOSA IBU KAMI YA ALLAH,KERANA DARIPADA PERUTNYA YANG MULIA LAHIRLAH KAMI SEHINGGA KAMI MENJADI HAMBA YANG SUJUD KEPADAMU YA ALLAH.

AMPUNKAN DOSA ADIK-BERADIK KAMI YA ALLAH, KALAU MEREKA MASIH TIDAK MENYEMPURNAKAN KETAATAN MEREKA KEPADAMU YA ALLAH. AMPUNKAN DOSA SAUDARA-MARA KAMI YA ALLAH KERANA MASIH RAMAI DI KALANGAN SAUDARA-MARA KAMI YANG MASIH JAUH DARIPADA AGAMAMU YA ALLAH. AMPUNKANLAH DOSA TOK-TOK GURU KAMI, USTAZ-USTAZ KAMI, GURU-GURU KAMI YANG TIDAK PERNAH JEMU-JEMU MENDIDIK KAMI, MENTARBIYAH KAMI, MENEGUR KAMI DAN MEMPERBETULKAN KAMI.

YA ALLAH JADIKANLAH ANAK ZURIAT KAMI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH. JADIKANLAH ANAK-ANAK KAMI, ANAK-ANAK YANG BOLEH MENGUSUNG KERANDA KAMI KE KUBUR KALAU KAMI MATI KELAK. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH, ANAK-ANAK YANG TAHU MEMBACA AL-FATIHAH SEBAGAI SURAH PENTING BILA BERLAKU KEMATIAN. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH, ANAK-ANAK YANG BOLEH MEMBACA SURAH YAASIN KETIKA KAMI SEDANG SAKRATUL MAUT. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH ANAK-ANAK YANG MAMPU MEMANDIKAN MAYAT KAMI DENGAN KELEMBUTAN DAN KASIH SAYANG. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH, ANAK-ANAK YANG TIDAK KEKOK UNTUK MENDIRIKAN SOLAT JENAZAH DENGAN EMPAT KALI TAKBIR JIKA KAMI MATI YA ALLAH. JADIKAN ANAK-ANAK KAMI YA ALLAH,ANAK-ANAK YANG TIDAK BAKHIL UNTUK MENDOAKAN KSEJAHTERAAN KAMI YA ALLAH JIKA KAMI BERPINDAH KE ALAM BARZAKH.

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM,YA TUHAN KAMI.

JANGAN ENGKAU UJI KAMI, KALAU ENGKAU UJI KAMI, ENGKAU AKAN BUKA KELEMAHAN KAMI, ENGKAU AKAN KOYAKKAN TABIR-TABIR KELEMAHAN KAMI DAN ENGKAU AKAN AZAB KAMI.

WAHAI ALLAH YANG MEMBALIK-BALIKKAN HATI, TETAPKANLAH HATI KAMI DI ATAS AGAMAMU, TETAPKAN HATI KAMI DI ATAS KETAATAN KEPADAMU DAN TETAPKANLAH HATI KAMI DI ATAS KETAATAN RASULMU.

BUAT KALI TERAKHIRNYA YA ALAH, SEKALI LAGI KAMI SEBAGAI HAMBA YANG HINA-DINA INI,YANG JAHIL MURAQAB INI, YANG TIDAK BERDAYA INI, YANG LEMAH INI………PANDANGLAH KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN RAHMATMU, DAN JANGANLAH ENGKAU PANDANG KAMI YA ALLAH DENGAN PANDANGAN KEMURKAANMU.KAMI MENGHARAPKAN KEAMPUNAN DAN KERIDHAANMU YA ALLAH. “

NUKILAN DAN DOA PENULIS DARI DIDIKAN ILLAHI YANG MENGASIHI, AJARAN NABI YANG MENYINARI, KESUNGGUHAN IBU BAPA YANG BERDEDIKASI, PENGAMATAN HATI SENDIRI, PENGALAMAN HIDUP YANG MENYAYATI HATI, AIR MATA KEINSAFAN YANG MEMBASAHI PIPI, PERKONGSIAN HARAPAN YANG TIDAK BERTEPI, KEPERITAN KEHIDUPAN YANG PERNAH DILALUI. BUAT TATAPAN KOTAK JIWA YANG SEPI DAN MELEMBUTKAN NAFSU YANG MASIH KELIRU DAN TERCARI-CARI MATLAMAT SEBENAR KEHIDUPAN INSANI.

IKHLAS,
KAMALULHYSHAM@FARHAN

Wednesday, September 22, 2010

Tamakninah yang selalu diabaikan

Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar 

Solat yang berkualiti itulah solat yang diterima oleh Allah. Apakah yang menjadikan solat itu berkualiti? Inilah persoalan yang seharusnya difikirkan oleh umat Islam sebelum melaksanakan solat. Mengapa? Tanpa kualitilah yang menyebabkan umat Islam hari terus terjebak dengan dosa walaupun melakukan solat.

Kualiti pada solat dinilai pada tiga perkara:


1. Hatinya ketika niat solat.
Seseorang yang niatnya untuk menghadap Allah dengan hati yang ikhlas itulah niat yang berkualiti. Di sini ada juga yang berniat solat dalam keadaan terpaksa, malu alah dengan orang lain. Jadi, bersihkan hati dengan penuh bersedia untuk solat.

2. Perbuatan solatnya mengikut rukunnya.
Rukun solat sebanyak 13 itu perlu dilakukan dengan sebaiknya. Kualiti solat bergantung kepada perbuatan berdiri, rukuk dan sujud juga tamakninah. Semua itu telah diajarkan oleh Rasulullah melalui contoh solat Baginda. Sabdanya, “Solatlah seperti mana kamu melihat aku solat.”

3. Bacaan pada setiap pergerakan solatnya.
Bacaan dalam solat sama ada wajib atau sunat perlu dibaca dengan baik. Sebutannya mesti betul dan ada maknanya. Memang ada sesetengah orang yang oleh sebab telah menghafalnya bertahun-tahun, tersilap sebutannya. Kalau dia mahu membaca buku doa semula, tentu akan bertemu kesilapannya dan boleh membetulkan kesilapan itu. Ini jugalah yang menentukan kualiti solat.

Dalam ruang yang singkat ini saya ingin menumpukan kepada tamakninah. Oleh sebab tamakninah sebahagian daripada rukun solat maka pengabaiannya boleh membatalkan solat. Hal ini sering diabaikan kerana kurang pendedahan semasa belajar. Kesannya, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tidak sah.

Di sini disenaraikan tempat yang perlu tamakninah dan kesilapan yang sering terjadi.

1. Rukuk, sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama dan kedua tangan memegang kepala lutut, sepatutnya hentikan pergerakan kasar seketika. Itulah kadar tamakninah yang barangkali sempat dia membaca subhanallah.

2. Iktidal, pergerakan bermula daripada keadaan rukuk kembali menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti dia berdiri sebelum ini. Sempurna berdiri dahulu dan itulah kadar tamakninah.

3. Sujud, sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Keadaan tenang itulah kadar tamakninah.

4. Sujud kali kedua, sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan seketika. Keadaan itulah kadar tamakninah.

5. Duduk antara dua sujud, sewaktu duduk sambil membaca doa, “rabbighfirli...” tidak mungkin berlaku pergerakan anggota besar, apatah lagi tangan diletakkan di atas paha. Keadaan setenang itulah tamakninah yang harus dipatuhi.

Tamakninah dalam bahasa mudah bererti bertenang. Ibarat anda memandu sebuah kenderaan, maka pada waktu di persimpangan wajar hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula. Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tamakninah. Begitulah seharusnya berlaku dalam solat.

Berikut adalah tempat yang sering diabaikan tamakninah:

1. Iktidal, terdapat sesetengah orang terutama orang tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, belum sempat tulang belakangnya lurus seperti sebelumnya, dia telah turun untuk sujud. Solat ini tidak sah kerana tidak berlaku tamakninah.

2. Iktidal, terdapat juga sesetengah orang sama ada orang muda mahupun orang tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, tangannya diayunkan berkali-kali dan belum sempat tangan itu berhenti, dia telah turun untuk sujud. Solat ini juga tidak sah kerana tidak berlaku tamakninah.

3. Sujud, waktu sujud dua kakinya dibiarkan bergerak-gerak dan ada yang mengangkatnya (tidak mencecahkan jari kaki ke lantai). Sujud dalam keadaan ini tidak sempurna kerana syarat sah sujud bila tujuh anggota sujud mencecah ke lantai. Pada masa yang sama solat itu sah kerana tidak berlaku tamakninah.

Selain itu, sewaktu kita bangun daripada sujud kedua kepada rukun berdiri tegak untuk rakaat seterusnya tidak ada tamakninah. Namun untuk lebih bersopan kita disunatkan duduk sebentar yang perbuatan itu diberi nama duduk istirahat. Duduk yang dimaksudkan ini bukan tetap seperti yang dilakukan ketika duduk antara dua sujud tetapi sekadar berhenti. Ibarat anda memandu kereta, pada persimpangan yang tidak sebuk anda membrekkan kenderaan tetapi tayarnya masih bergerak. Wallahuaklam.

--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah di 6/17/2010 11:13:00 AM

Laut Terbelah...Fenomena Alam laut terbelah di korea selatan



Dizaman nabi musa laut terbelah menjadi satu kisah utama dan hari ini allah membuktikan bahawa laut terbelah hasil mukjizat nabi musa boleh dilihat di dunia hari ini. cuma yang membezakannya adalah berlainan tempat dan waktu berlakunya laut terbelah. Pulau Jindo mengesahkan dan membuktikan bahawa laut terbelah tidak mustahil bagi allah. keajaiban laut terbelah boleh disaksikan di pulau jindo.fenomena ajaib dizaman ini berlaku iaitu dalam masa sejam dan berlaku 2 hingga 3 kali setahun. laut terbelah akan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8km.

Salah satu fenomena yang tidak kurang menariknya adalah kejadian laut terbelah yang berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo. Bayangkan dalam tempoh sejam, anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.

Kejadian itu pasti mengingatkan kita terhadap kisah Nabi Musa yang ‘membelah laut’ bagi membawa pengikutnya yang taat kepada Allah SWT melarikan diri daripada kekejaman Firaun. Namun, kejadian moden belahan laut di Jindo itu lain ceritanya yang berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter. Ini menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Ia juga lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut Terbelah Jindo. Malah Pesta Laut Terbelah Jindo ini selalunya diadakan tiga kali setahun iaitu pada Mac atau Mei serta Julai. Bagaimanapun, sambutan luar biasa pelancong tempatan dan asing yang mencecah 400,000 orang membanjiri pesta itu menyebabkan pihak berkuasa memutuskan untuk turut meraikan pesta berkenaan pada April.

Acara itu juga membolehkan pelancong menikmati pelbagai pengalaman di laut dan menyaksikan pemandangan unik serta budaya Jindo. Pesta itu diserikan dengan lagu rakyat Jindo dan tarian khas Korea, Ganggangsullae, turut dipersembahkan. Tarikan lain sepanjang pesta itu termasuk pertunjukan bunga api, pertunjukan laser, persembahan muzik tradisional serta permainan dram. Bagi mendapatkan pemandangan paling menarik laut terbelah dan membentuk laluan, orang ramai boleh menikmatinya sama ada dengan memanjat bukit atau berjalan-jalan sendiri di laluan itu.

Malah, siapa yang mahu melepaskan peluang melihat detik-detik keajaiban dan tidak hairanlah sebaik lautan itu terbelah, orang ramai berpusu-pusu melintasi laluan itu dan meraikan rakan dari arah bertentangan berikutan penyatuan daratan kepulauan Jindo dan Modo. Tidak kurang pula yang mengambil kesempatan mencari tiram, rumpai dan hasil lautan lain.“Inilah keajaiban yang tidak mungkin disaksikan di tempat lain. Dalam sekelip mata, laut terbelah dan mendedahkan dasarnya. Tiada perkataan dapat menggambarkan ketakjuban melihat hidupan laut seperti kerang, kepah dan hidupan marin yang sebelum ini hidup di dasarnya, tiba-tiba timbul,” kata pelancong tempatan, Cho Eun-Jun yang dipetik media tempatan, baru-baru ini.

Hakikatnya, tidak ramai yang tahu mengenai kewujudan fenomena itu sehinggalah pada 1975, apabila seorang duta Perancis ketika itu, Pierre Randi, melawat Korea Selatan dan menulis mengenainya dalam sebuah akhbar negaranya.Namun, seperti juga banyak kejadian aneh lain, ada kisah atau kepercayaan rakyat tempatan di sebalik fenomena itu. Ia dikaitkan dengan sebuah kampung di Jindo yang diserang harimau yang menyebabkan penduduk berlari ke pulau Modo untuk berlindung. Malangnya, seorang wanita tua, Pong, yang tidak berdaya tertinggal. Dalam keadaan serba tersedak dia memohon bantuan Dewa Laut, yang kemudian memisahkan laut dan membantu wanita malang itu lari daripada haiwan liar berkenaan.

Apabila laut itu terbelah, ramai penduduk yang berlari ke Modo, memainkan gong dalam usaha mereka mencari wanita berkenaan. Dia, bagaimanapun meninggal dunia tetapi sebelum mati, wanita berkenaan sempat membisikkan: “Doaku dimakbulkan. Laluan laut terbuka dan aku dapat melihat kamu semua. Kini, harapanku sudah terlaksana. Aku boleh meninggal dengan tenang.” Nama asal daerah itu, Hodong, kemudian ditukar kepada Hoedong, bermakna ‘Kampung Orang yang Kembali’, bagi mengingati kisah Pong.Selain di Korea, kejadian itu turut dipopularkan di Jepun, selepas penyanyi wanitanya, Dendo Yomishi, menghasilkan lagu fenomena Jindo itu pada 1996.

Kisah Nabi Musa belah samudera

Fenomena laut terbelah dua bukan perkara baru kerana ia pernah berlaku pada zaman Nabi Musa yang ketika membawa pengikutnya yang taat kepada Allah melarikan diri daripada kekejaman Firaun, pemerintah Mesir. Namun begitu, besar perbezaan dengan apa yang berlaku di Korea Selatan kerana perkataan terbelah dan membelah itu sendiri membawa makna berlainan. Kejadian laut terbelah di Korea Selatan berpunca daripada faktor saintifik sedangkan keupayaan Nabi Musa membelah Laut Merah pada tanggal 10 Muharam dengan tongkatnya adalah disebabkan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada baginda.


Kekejaman Firaun yang mengaku dirinya Tuhan sudah sampai di kemuncak, menyebabkan Nabi Musa membawa pengikutnya lari untuk mengelak daripada diseksa. Pelarian membawa mereka ke tepi Laut Merah. Sekali pandang, Nabi Musa dan pengikut baginda bakal menjadi habuan kebuasan Firaun kerana terperangkap - di depan laut dan di belakang pula tentera Firaun semakin mendekati.Namun Allah SWT mempunyai perancangan tersendiri untuk menyelamatkan Rasul serta makhluk-Nya yang beriman. Allah mengarahkan Nabi Musa mengetuk tongkat baginda, yang sebelum itu berjaya membuatkan ahli sihir Firaun ketakutan selepas menjelma menjadi ular besar menelan semua ular yang dijelmakan ahli sihir berkenaan, ke laut.

Dengan izin-Nya, Laut Merah itu terbelah dua, menyediakan laluan untuk Nabi Musa dan pengikut baginda menyeberang dengan selamat. iraun dan bala tenteranya yang ghairah mahu membunuh Nabi Musa dan pengikut baginda akhirnya masuk ke dalam perangkap maut apabila laut kembali bersatu sebaik mereka berada di tengah-tengah dan selepas Nabi Musa dan pengikut baginda sudah selamat tiba di tebing.

Bukti kejadian itu diungkap oleh seorang pakar arkeologi, Ron Wyatt, yang mendakwa menemui beberapa roda kenderaan perang purba di dasar Laut Merah. Katanya, ia mungkin sebahagian sisa kenderaan perang tentera Firaun yang tenggelam ketika mengejar Nabi Musa. Katanya, selain roda kenderaan perang berkuda, Wyatt bersama pasukannya turut menemui tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama. Penemuan itu mengukuhkan dakwaan ia adalah sisa tulang tentera Firaun apatah lagi hasil kajian yang dilakukan di Universiti Stockholm ke atas tulang berkenaan mengesahkan ia berusia sekitar 3,500 tahun, sama waktu kejadian Nabi Musa membelah Laut Merah berlaku.

Apapun, kedua-dua kejadian itu berlaku atas kehendak Allah SWT yang cuma mengarahkan laut terbelah mengikut jadual, dan itulah yang akan terjadi.

INFO: Laut terbelah Jindo



  • Berlaku dua kali setahun iaitu sama ada Mac atau Mei serta Julai.


  • Secara saintifik, kejadian itu disebabkan penurunan mendadak paras air laut akibat pertembungan air pasang dan surut secara serentak.


  • Ia juga disebabkan tarikan graviti antara bulan dan matahari.



  • Fenomena itu berlaku selama sejam dan mendedahkan sebahagian dasar lautannya yang membentuk laluan menghubungkan daratan Jindo dan pulau sekitarnya.


  • Menjadi antara acara tarikan utama pelancong ke Korea Selatan, setiap tahun.-/Anak Sengat

  • Sunday, September 19, 2010

    Kesilapan solat berjemaah


    KESALAHAN MAKMUM
    1. Tidak bersegera menempati saf pertama bagi orang yang datang lebih dahulu
    Sebahagian orang datang cepat ke masjid dan melihat banyak tempat yang masih kosong di saf pertama, tetapi lebih suka di duduk saf belakang , ada yang sengaja duduk saf belakang agar boleh bersandar pada tiang atau dinding masjid. 
    Semua ini menyalahi perintah Nabi SAW agar bersegera menempatkan di saf pertama.
    Rasulullah SAW bersabda:
    لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا
    “Seandainya manusia mengetahui pahala yang terdapat dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkan kecuali dengan diundi, niscaya mereka melakukannya”(HR. Bukhari dari Abu Hurairah RA )

    Dan Rasulullah SAW mengancam bagi orang yang sengaja bahkan bersenang lenang di saf belakang/akhir.
    أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى فِي أَصْحَابِهِ تَأَخُّرًا فَقَالَ لَهُمْ تَقَدَّمُوا فَأْتَمُّوا بِي وَلْيَأْتَمَّ بِكُمْ مَنْ بَعْدَكُمْ لَا يَزَالُ قَوْمٌ يَتَأَخَّرُونَ حَتَّى يُؤَخِّرَهُمُ اللَّهُ
    Rasulullah SAW melihat ada yang mengambil saf belakang. Maka Nabi SAW bersabda: majulah kalian dan ikutilah aku, dan hendaklah yang setelah kalian mengikuti kalian. Kaum yang senantiasa mengambil saf akhir akan diakhirkan Ta’ala dari rahmat-Nya. (HR. Muslim dari Abu Sa’id al Khudriy)
    2. Tidak menegakkan (meluruskan dan merapatkan) shof sholat berjama’ah
    Menegakkan saf adalah hal yang sangat penting atas dasar prinsip  dalam solat berjamaah.
    Sabda Rasulullah SAW :
    سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلَاةِ
    “Luruskanlah Saf-saf kalian, sesungguhnya meluruskan shaf adalah termasuk menegakkan solat” 
    Photobucket
    Photobucket
    Photobucket *Klik untuk besarkan

    Wednesday, September 15, 2010

    Puasa enam: Bolehkah disatukan dengan puasa qada



    Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
    `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
    MATLAMAT puasa jika dikerjakan dengan penuh penghayatan akan dapat membentuk manusia menjadi orang yang bertakwa sebagaimana perkara ini dijelaskan oleh Al-Quran.

    Di samping itu puasa juga merupakan ibadat yang istimewa di sisi Allah Subhanahu Wataala kerana setiap ganjaran atau balasan kepada orang yang berpuasa diberikan dan dinilai oleh Allah Subhanahu Wataala sendiri sebagaimana yang disebut oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

    "Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Allah Subhanahu Wataala berfirman : "Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendirilah yang akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa." (Hadis riwayat Bukhari).

    Puasa Ramadan adalah diwajibkan kepada umat Islam pada setiap tahun berdasarkan ayat Al-Quran dan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Begitu juga disunatkan ke atas orang Islam berpuasa sunat atau tathawwu’ di hari atau bulan yang lain seperti melakukan puasa ‘Asyura, hari ‘Arafah, puasa di bulan Syaaban, puasa mingguan pada hari Isnin dan Khamis, puasa enam hari pada bulan Syawal yang biasanya disebut sebagai puasa enam.

    Pada siri Irsyad Hukum kali ini kita akan membicarakan mengenai beberapa perkara yang berhubung dengan puasa enam.

    Puasa enam ialah puasa yang dikerjakan dengan berturut-turut atau berselang-selang sebanyak enam hari pada bulan Syawal selepas Hari Raya Fitrah.Puasa enam itu sunat dikerjakan oleh orang yang telah mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh dan juga sunat dikerjakan oleh orang yang tidak berpuasa Ramadan sebulan penuh disebabkan keuzuran yang diharuskan oleh syarak seperti haid dan nifas, musafir atau orang sakit. Manakala bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja adalah haram melakukan puasa enam kecuali setelah selesai mengqada puasanya. Namun ganjaran pahala puasa enam bagi orang yang tidak berpuasa penuh bulan Ramadan tidak sama dengan ganjaran pahala bagi orang yang mengerjakan puasa enam selepas mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh.

    Sunat puasa enam ini berdasarkan sabda Baginda yang maksudnya :
    "Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis riwayat Muslim).

    Para ulama berselisih pendapat mengenai waktu atau masa mengerjakan puasa enam itu. Sebahagian besar ulama berpendapat puasa enam itu dilakukan dengan berturut-turut selepas Hari Raya mulai Hari Raya kedua dan seterusnya. Manakala ulama muta’akhirin pula berpendapat puasa enam itu harus dilakukan secara tidak berturut-turut seperti berselang-seli dan sebagainya selama dalam bulan Syawal. Walau bagaimanapun mengerjakannya dengan berturut-turut selepas Hari Raya adalah lebih afdal.

    Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari dalam bulan Syawal setelah berpuasa Ramadan sebulan penuh diibaratkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai berpuasa sepanjang tahun kerana sebulan puasa Ramadan itu menyamai puasa sepuluh bulan dan puasa enam pula menyamai dengan 60 hari atau dua bulan. Jika dicampurkan sepuluh bulan dengan dua bulan, maka genaplah ia setahun, itulah yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun. Perkara ini dijelaskan lagi dalam sebuah hadis, sabda Baginda yang maksudnya :

    "Berpuasa sebulan (disamakan) dengan sepuluh bulan puasa, dan berpuasa enam hari selepasnya (disamakan) dengan dua bulan puasa, maka kedua-duanya itu (jika dicampurkan) genap setahun." (Hadis riwayat Al-Darimi).

    Berdasarkan hadis di atas juga, sebahagian ulama menjelaskan bahawa puasa enam hari dalam bulan Syawal diberikan ganjaran yang sama dengan ganjaran puasa di bulan Ramadan, kerana setiap kebajikan itu dibalas atau diberikan dengan sepuluh kali ganda. Sebagaimana juga mereka mengatakan : "Membaca Surah Al-Ikhlas itu sama dengan membaca sepertiga Al-Quran.

    "KEWAJIPAN MENGQADA PUASA
    Puasa Ramadan yang ditinggalkan adalah wajib diqada sebanyak hari yang ditinggalkan itu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dalam firman-Nya yang tafsirnya :

    "Maka wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain." (Surah Al-Baqarah : 184).

    Kewajipan mengqada puasa itu tidak kira sama ada puasa itu ditinggalkan dengan sengaja atau kerana keuzuran kecuali orang-orang yang benar-benar tidak berdaya mengerjakannya seperti orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh. Mereka tidak diwajibkan mengqada puasa yang ditinggalkan itu tetapi wajib membayar fidyah sebagai ganti puasa yang ditinggalkan. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah Subhanahu Wataala yang tafsirnya :

    "Dan wajib atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin." (Surah Al-Baqarah : 184).

    Dalam mengerjakan qada puasa ini, para ulama berpendapat bahawa orang-orang yang meninggalkan puasa tanpa uzur adalah wajib menyegerakan qada puasa tersebut. Dan mereka tidak diharuskan bahkan haram melakukan puasa-puasa sunat termasuk puasa enam hari di bulan Syawal.

    Puasa qada boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari-hari yang diharamkan berpuasa seperti Hari Raya Fitrah, Hari Raya Haji atau pada hari-hari Tasyriq dan sebagainya dan ia wajib disegerakan sebelum masuk Ramadan yang baru.

    Jika qada puasa hendak dikerjakan pada bulan Syawal ia boleh dilakukan bermula pada Hari Raya Kedua (2 haribulan Syawal). Bagi mereka yang diharuskan meninggalkan puasa kerana keuzuran yang dibenarkan oleh syarak seperti orang perempuan yang haid atau nifas, orang sakit atau orang musafir (dalam perjalanan) dan lain-lain, sunat bagi mereka mengerjakan puasa enam sekalipun mereka masih mempunyai qada. Walau bagaimanapun menurut para ulama ganjaran yang bakal diterimanya tidaklah sama dengan ganjaran pahala yang diterima oleh mereka yang berpuasa enam setelah berpuasa penuh satu bulan Ramadan.

    Berbanding dengan orang-orang yang meninggalkan puasa Ramadan tanpa keuzuran atau dengan sengaja, diharamkan ke atas mereka mengerjakan puasa enam pada bulan Syawal itu kerana mereka diwajibkan menyegerakan qada tersebut.

    Manakala bagi orang yang luput keseluruhan puasa Ramadan (selama satu bulan) kerana keuzuran yang diharuskan oleh syarak, jika dia mengerjakan puasa qadanya pada bulan Syawal, disunatkan (mustahab) ke atasnya mengqada puasa enam itu dalam bulan Zulkaedah. Walau bagaimanapun, menurut ulama dia hanya mendapat ganjaran sebagaimana yang disebutkan oleh hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu orang yang berpuasa Ramadan dan diikuti dengan puasa enam pada bulan Syawal diibaratkan berpuasa selama satu tahun.

    MENYATUKAN PUASA QADA DENGAN PUASA ENAM
    Bagi orang yang hendak melakukan qada puasa Ramadan (meninggalkannya kerana keuzuran yang dibolehkan oleh syarak), ia boleh dilakukan sekaligus dengan puasa enam dalam bulan Syawal. Caranya ialah orang tersebut hendaklah berniat bagi kedua-duanya iaitu puasa qada dan puasa sunat tersebut dengan tujuan bagi mendapatkan ganjaran kedua-dua sekali (iaitu ganjaran puasa qada dan ganjaran puasa sunat).

    Hal ini sama seperti orang yang berniat puasa wajib sama ada puasa qada atau puasa nazar atau puasa kafarah, pada hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti hari Arafah atau pada hari Isnin dan Khamis atau pada hari ‘Ayura dan puasa-puasa sunat yang lain seumpamanya.

    Dalam menunaikan puasa tersebut, jika dia berniat kedua-duanya sekali iaitu puasa qada dan puasa sunat seperti puasa hari Arafah atau puasa-puasa sunat yang lain, maka dia akan mendapat ganjaran bagi puasa sunat dan puasa wajib tersebut. Tetapi jika dia berniat hanya bagi puasa sunat sahaja atau puasa wajib sahaja, maka dia hanya akan mendapat gambaran bagi puasa yang diniatkannya sekalipun ia dilakukan pada hari yang bertepatan antara puasa wajib dan puasa sunat itu.

    Ibnu Hajar Al-Haitami dalam fatwanya menjelaskan, mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib seperti di atas dengan katanya maksudnya :

    "Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya." (Al-Fatwa Al-Kubra : 2/75).

    Walaupun menyatukan puasa qada dengan puasa enam itu diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya, namun ganjaran tersebut tidaklah menyamai ganjaran pahala seperti yang disebut dalam hadis di atas. Walau bagaimanapun sikap menyegarakan qada puasa itu sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak kerana ganjaran dan pahala ibadat puasa itu hanya Allah Subhanahu Wataala sahaja yang menilai dan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.

    Saturday, September 4, 2010

    Makan cara Rasulullah SAW



    Sejak kita dilahirkan sudah ada idola yang harus menjadi ikutan kita dalam kehidupan seharian. Iaitu Nabi Muhammad. Adalah sunah kita mengikut kebiasaan Rasulullah SAW seperti cara makan Rasulullah SAW. Tak lama lagi kita akan menyambut hari lebaran dan biasanya orang kita akan makan secara berlebihan. Sebelum itu mari kita renungkan kaedah makan Rasulullah SAW dan mengikutinya. Insyallah perut kita selamat daripada buncit dan sakit perut.
    1. Membaca Bismillah ketika hendak makan, dan mengakhirinya dengan membaca Alhamdulillah.

    Barangkali hikmah membaca Bismillah dan Alhamdulillah bagi seorang muslim selalu mengingat bahawa makanan yang hendak dimakan adalah nikmat,rezeki dan anugerah dari Allah Taala. Ini secara langsung akan terhindar sikap berlebih-lebihan dan membazir. Seorang muslim juga sepatutnya sedar bahawa makan bukan tujuan utama, tapi sebagai menambah kekuatan untuk menuju ketaatan kepada Allah dan memakmurkan bumi.

    2. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.

    Nabi Muhammad SAW jika hendak makan selalu mencuci tangan terlebih dahulu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan Nasa’i dari Aisyah ra.
    3. Menjauhi sikap berlebihan dan gelojoh.

    Makan adalah kewajipan. Dengan makan seorang muslim memperoleh kekuatan untuk beribadat. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abdullah ibn Umar:
    ”Sesungguhnya tubuhmu mempunyai hak yang harus kamu penuhi”.

    Namun demikian kita harus ingat batasan dalam makanan, iaitu menjauhi sikap berlebihan dan rakus.
    Banyak sekali dalil yang menekankan hal ini. Allah dalam surat al-A’raf ayat 31 berfirman:
    ”Makan dan minumlah, tapi janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan”.Dan juga di surat Thaha ayat 81:
    ”Makanlah diantara rezeki yang baik yang telah Kami berikan pada kalian, dan janganlah melampaui batas padanya”.

    Sementara Rasulullah saw sendiri telah memerintahkan untuk mengatur waktu makan dan berpegang teguh pada etika, sebagaimana sabda Beliau:
    ”Kami adalah orang-orang yang tidak makan kecuali setelah lapar, dan bila makan kami tidak sampai kenyang”.

    Beliau juga bersabda:
    ”Tidaklah anak cucu Adam mengisi wadah yang lebih buruk dari perutnya. Sebenarnya beberapa suap saja sudah cukup untuk menegakkan tulang rusuknya. Kalau dia harus mengisinya, maka sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga lagi untuk bernafas”. (HR. Turmudzi, Ibnu Majah, dan Muslim)

    Maksudnya sebenarnya makanan dalam minima pun sudah cukup baginya untuk memenuhi keperluan asas . Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Imam Ahmad dan Darimi, Rasulullah saw juga bersabda:

    ”Makanan seorang cukup untuk dua orang, makanan dua orang cukup untuk empat orang, dan makanan empat orang sebenarnya cukup untuk lapan orang”.

    Dalam hadis lain disebutkan:
    ”Sesungguhnya termasuk sikap berlebih-lebihan bila kamu memakan segala sesuatu yang kamu inginkan”. (HR Ibnu Majah)

    Beliau pun bersabda:
    ”Seorang mukmin makan dengan satu usus, sementara orang kafir makan dengan tujuh usus”. (HR. Muslim, Turmudzi, Ahmad, dan Ibnu Majah)
    4. Makan dengan tiga jari.

    Dengan tiga jari berarti kita telah bersikap seimbang. Sebagaimana dikatakan bahwa makan dengan lima jari menunjukkan kerakusan, sedangkan makan dengan satu atau dua jari menunjukkan kesombongan dan keangkuhan.
    5. Duduk tegak semasa makan dan tidak bersandar.

    Rasulullah melarang seseorang makan sambil bersandar kerana membahayakan kesihatan dan mengganggu pencernaan usus.
    6. Minum dengan tiga kali tegukan. Dilakukan sambil duduk dan tidak bernafas dalam gelas.

    Nabi mengajarkan minum air dengan menempelkan bibir ke air, bernafas di luar gelas serta tidak minum dengan cara menunggang. Maksudnya adalah mencegah masuknya udara ke dalam perut.
    Ubay bin Ka’ab berkata:

    ”Nabi saw tidak pernah meniup makanan dan minuman, tidak bernafas di dalam cawan. Bahkan beliau melarang meniup makanan dan minuman.”
    Nabi saw biasa minum dengan tiga kali teguk, sambil bernafas di antara tiga kali tegukan di luar gelas dan bukan di dalamnya.

    Diriwayatkan dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bernafas tiga kali saat minum. Beliau bersabda:
    ”Sungguh, ini lebih mengenyangkan, menyembuhkan, dan menyegarkan”. (HR Bukhari dan Muslim)
    Anas juga berkata:

    ”Rasulullah saw telah melarang minum sambil berdiri”. (HR Muslim)
    Ibnu Abbas menambahkan:
    ”Rasulullah saw telah melarang minum dari mulut teko”. (HR Bukhori dan Ibnu Majah)
    7. Mendahulukan makan buah-buahan sebelum makan daging (makanan utama).
    Hal ini sebagai upaya untuk mengikuti apa yang dilakukan para penghuni surga. Dalilnya adalah Qur’an surat al-Waqi’ah ayat 20-21:
    ”Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan”.
    8. Menutup makanan dan minuman di atas meja.

    Nabi mewajibkan menutup makanan untuk melindunginya dari pencemaran, sebagaimana dinyatakan dalam hadis Nabi saw.:
    Dalam riwayat Bukhari disebutkan:
    ”Tutuplah makanan dan minuman”.
    9. Mencuci mulut (berkumur) sebelum dan setelah makan.

    Hal ini dimaksudkan untuk membersihkan gigi dari sisa makanan dan bakteria. Secara Rasulullah SAW beliau menekankan pentingnya berkumur setelah minum susu:
    ”Berkumurlah kalian setelah minum susu, kerana di dalamnya mengandung lemak”. (HR. Ibnu Majah)
    10. Suplemen makanan terbaik adalah madu.

    Rumah Nabi tidak pernah kehabisan madu. Nabi juga menganjurkan untuk meminum madu secara teratur. Nabi bersabda:
    ”Hendaklah kalian meminum madu”.
    Adapun Nabi mengajarkan bahwa cara terbaik meminum madu adalah dengan melarutkan satu senduk madu dengan air yang tidak dingin dan diaduk dengan baik.
    11. Tidak memasukkan makanan pada makanan.
    Ada dua pendapat mengenai maksud dari memasukkan makanan pada makanan. Pendapat pertama adalah kita dilarang makan kecuali setelah dua jam dari waktu makan berat. Pendapat kedua adalah kita dilarang menyuap makanan ke dalam mulut pada saat masih ada makanan di dalamnya. Para doktor moden membuktikan bahwa kedua hal tersebut memang nampak negatif pada kesihatan.
    12. Menjilat jari.

    Menjilati tempat bekas makan akan sangat membantu pencernaan. Rasulullah saw sendiri menjilat jari-jemari beliau setelah makan. Beliau bersabda:
    ”Apabila salah seorang di antara kalian selesai makan, hendaklah dia tidak membersihkan tangannya sehingga menjilatinya”. (HR. Bukhori, Muslim, Ahmad, Tabrani)
    13. Nabi melarang menggabungkan antara susu dan ikan, cuka dan susu, cuka dan ikan, buah dan susu, cuka dan nasi, delima dengan tepung, kobis dengan ikan, bawang putih dengan bawang merah, makanan lama dengan makanan baru, makanan asam dengan makanan pedas, makanan panas dengan makanan dingin.
    14. Tidak tidur setelah makan.

    Nabi menganjurkan seseorang berjalan-jalan setelah makan malam. Tapi boleh juga digantikan oleh solat. Hal ini dimaksudkan agar makanan masuk ke perut dengan tepat sehingga boleh dicerna dengan baik. Diriwayatkan dari Aisyah bahwa Nabi saw bersabda:
    ”Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah yang Mahatinggi dan solat, serta janganlah kalian tidur setelah makan, kerana dapat membuat hati kalian menjadi keras”. (HR. Abu Naim dengan sanad dha’if)
    15. Makan bersama-sama dan tidak sendiri-sendiri.

    Hal ini menyebarkan sekaligus menciptakan perasaan penuh kasih sayang dan rasa saling mencintai yang tentunya akan memberi nilai positif bagi selera makan.
    16. Makan sambil berbincang dan tidak diam.
    Hal ini dimaksudkan untuk menciptakan suasana rileks dan menyenangkan saat makan.
    17. Menghormati budaya dan tradisi makan yang ada di tempat kita makan. Dilarang menghina atau membenci makanan, sekalipun makanan itu di luar kebiasaan kita.
    18. Bersikap lembut terhadap orang sakit dengan tidak memaksa makan makanan tertentu.
    19. Menjaga perasaan orang lain dengan tidak membelakangkan posisi mereka. Hal ini boleh menyebabkan terganggunya selera makan orang tersebut.
    20. Tidak mencampurkan makanan yang terlalu panas dan minuman yang terlalu dingin.
    21. Tidak memakan daging setiap hari, melainkan berselang hari. Diriwayatkan oleh Imam Turmudzi dari Aisyah ra, dia mengatakan bahwa bahagian lengan atas adalah daging yang paling disukai Nabi. Namun beliau tidak memakan daging setiap hari.
    22. Tidak memakan buah semasa baru sembuh dari sakit. Diriwayatkan dari Ummu Al-Mundzir binti Qais, seorang wanita Anshar, dia mengatakan: ”Rasul datang kepadaku bersama Ali yang waktu itu baru sembuh dari sakit. Kebetulan waktu itu kami punya buah yang masih tergantung di pohonnya. Rasul pun berdiri dan dan memetik buah dan memakannya. Ali juga ikut memetik, namun ketika akan memakannya, Rasul mencegah seraya berkata: “Jangan Ali, kamu baru sembuh dari sakit”. Ali pun menyimpam niatnya. Maka aku membuat roti dan makanan yang direbus dan membawakannya pada mereka. Maka Rasul pun berkata pada Ali: “Makanlah ini. Ini lebih baik untukmu””. (HR. Abu Dawud)
    23. Tidak pernah menolak undangan makan, bahkan jika yang dihidangkan nilainya sangat murah. Rasul tidak pernah menolak undangan makan selagi makanan yang dihidangkan itu halal, meskipun makanan itu sangat murah. Beliau berkata: “Jika kalian diundang untuk menghadiri jamuan makan, maka hadirilah. Kalau suka makanlah, kalau tidak, tinggalkan”. (HR. Abu Dawud).
    Untuk para pembaca yang ingin berdiet, lakukanlah seperti diet anjuran Rasulullah. Anda tidak perlu menjaga makanan anda dengan jumlah yang sangat sedikit kerana itu akan sangat menyiksa anda. Anda hanya perlu mengunyah makanan yang anda makan sampai 32 kali kunyahan atau sampai benar-benar halus untuk ditelan. Dengan cara tersebut maka kerja perut akan kurang.
    Wallahualam. Poested @ www.isuhangat.net

    Share

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More