ukhwahfillah
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Sahabat alam maya
Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat. Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.~imam Syafie~
persahabatan dan kemesraan..
SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.
I love my friend always n forever..
"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari" ( Saidina Ali)
sahabat itu bukan pada pertemuan tp ingatan yang tidak pernah pudar
" Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"(Saidina Ali)
Friday, June 1, 2012
MUKJIZAT AIR ZAM ZAM
Saturday, February 18, 2012
Jangan kita bersangka....
•❤• Jangan kita sangka kawan kita yang sering menegur kita itu adalah orang yang paling bertaqwa •
•❤• Jangan kita fikir kawan kita yang sering menasihati kita itu adalah manusia yang tak diuji •
•❤• Jangan kita ingat kawan kita yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna • ..
• Hakikatnya...~ •
•❤• Dia menegur kita untuk mengingatkan dirinya juga •
•❤• Dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga •
•❤• Dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka •
•❤• Kawan kita itu bukanlah MALAIKAT •
•❤• Dia juga MANUSIA •
•❤• Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke syurga bersama-sama • ..
by:Mencari Keredhaan Illahi
Tuesday, November 22, 2011
ANTARA SABAR DAN MENGELUH
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Friday, September 30, 2011
Manisnya Tahajud
"Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya. Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.
Friday, September 9, 2011
SEORANG ANAK MEMBANGKANG PERINTAH AYAHNYA
Saturday, August 20, 2011
Rebutlah peluang 10 malam terakhir...mungkin Ramadhan ini yang terakhir buat kita
Dosa itu merangkumi sama ada dosa kecil ataupun dosa besar. Tetapi pendapat yang terkenal mengenai hadith ini menunjukkan kepada dosa kecil sahaja yang akan diampunkan. Dosa besar tidak akan diampunkan kecuali dengan taubat nasuha serta memenuhi syaratnya iaitu menyesal di atas perbuatan itu, berazam tidak tidak akan mengulangi untuk melakukan dosa dan memulangkan hak sesiapa yang diambil.Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Tuesday, August 16, 2011
Ramadhan, Taqwa, Al-Quran dan Transformasi
Sunday, August 7, 2011
8 Pengertian Cinta Menurut Qur’an
Wednesday, July 27, 2011
34 HADIS BERKAITAN RAMADHAN
2. Diriwayatkan dari Sahal bin Sa?ad: Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: Manusia (ummat Islam) masih dalam keadaan baik selama mentakjilkan (menyegerakan) berbuka. ( H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)
3. Diriwayatakan dari Anas r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. berbuka dengan makan beberapa ruthaab (kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk. (H.R.: Abu Daud dan Al-Hakiem)
4. Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Apabila salah seorang diantara kamu puasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih. ( H.R : Ahmad dan At-Tirmidzi)
11 jenis manusia didoa malaikat
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Friday, July 22, 2011
Adab Dan Ikhtilat di Facebook
Facebook sudah menajdi satu fenomena pada hari ini. Buka facebook setiap hari bagaikan satu kemestian. Di Facebook, kita boleh berkenalan dengan sesiapa saja. Isu yang menjadi perhatian adalah bagaimana kita menjaga adab dan ikhtilat di laman maya ini. Sempadan di laman maya ini sangat luas dan boleh dikatakan tiada sempadan langsung! Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa Favebook tidak salah kerana ianya adalah medium yang baik untuk menyambung silaturahim dan memudahkan perhubungan persahabatan. Benar, memang tiada salahnya. Tetapi apa yang menjadi isunya adalah bagaimana mekanisme untuk kita menjaga adab dan sahsiah seorang Muslim apabila masuk ke dalam alam yang tidak bersempadan ini.
Thursday, July 14, 2011
Tips Persiapan Bulan Ramadhan
Sunday, July 3, 2011
KELEBIHAN BULAN SYAABAN.
Monday, June 13, 2011
Duhai muslimah sayang
Alhamdulillah sedikit bingkisan hati buat muslimahku tersayang,alhamdulillah diri jua insan muslimah yang diciptakanNya. Sekalipun penuh dengan kekhilafan diri,namunbingkisan hati ini buat renungan kita bersama.Martabatmu diangkat oleh Tuhan
Dalam agama yang sempurna ini
Sayang sungguh sayang Allah pada kalian
Terciptanya engkau yang mampu menjadi kekuatan dan kelemahan para muslimin
Janganlah hendaknya dikau pergunakan cara yang salah
Bukankah tinggi tempatmu tercipta dari azali?
Teristimewa dari rusuk lelaki pilihanNYA
Sikap tawadhuk dalam kepimpinan
Cara yang terbaik untuk mengenali sifat sebenar seseorang ialah dengan memberinya jawatan. Seorang manusia akan menampakkan dirinya yang sebenar apabila memegang sesuatu jawatan. Sama ada bersifat mementingkan diri, suka mengikut pendapat sendiri tanpa berbincang, ataupun bersifat demokrasi,toleransi atau seorang yang bersedia menerima pandangan orang lain.Saturday, June 4, 2011
7 Golongan Yang Mendapat Naungan Arasy Allah
Adalah pemimpin yang dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Nasib rakyatnya adalah terletak di tangannya. Tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak. Keadilan juga merangkumi semua aspek tanpa mengira pangkat, kedudukan atau sebarang kepentingan peribadi dalam menjalankan tugas.Wednesday, June 1, 2011
Bekas Paderi Memeluk Islam
"
SHEIKHYusuf Estes ialah seorang cendekiawan terkenal yang tidak pernah jemu mengembangkan syiar Islam ke seantero dunia serta mengedarkan bahan-bahan ceramah dalam pelbagai medium kepada umat manusia.Ikuti autobiografi penghijrahan akidah beliau dari seorang pengkhutbah Kristian kepada pendakwah Muslim yang aktif dan disegani.Tuesday, May 31, 2011
Pesanan Imam Syafie Tentang Nilai Persahabatan
Sunday, May 1, 2011
Sabar Menurut Al Qur'an
“Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. Ar-Ra’d [13]:23-24)

Ibnul Qoyyim mengutip perkataan Imam Ahmad: “Sabar di dalam al-Qur’an terdapat di sekitar 90 tempat.”
Abu Thalib al-Makky mengutip sebagian perkataan sebagian ulama: “Adakah yang lebih utama daripada sabar, Allah telah menyebutkannya di dalam kitab-Nya lebih dari 90 tempat. Kami tidak mengetahui sesuatu yang disebutkan Allah sebanyak ini kecuali sabar.”
Sunday, April 10, 2011
Demi Cinta Zainab












