“…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. Ar-Ra’d [13]:23-24)

ukhwahfillah

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Sahabat alam maya

Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat. Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.~imam Syafie~

persahabatan dan kemesraan..

SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.

I love my friend always n forever..

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari" ( Saidina Ali)

sahabat itu bukan pada pertemuan tp ingatan yang tidak pernah pudar

" Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"(Saidina Ali)

Wednesday, July 27, 2011

34 HADIS BERKAITAN RAMADHAN

1. Diriwayatkan dari Umar bin Khaththab r.a. telah bersabda Rasulullah saw: Apabila malam sudah tiba dari arah sini dan siang telah pergi dari arah sini, sedang matahari sudah terbenam, maka orang yang puasa boleh berbuka.(H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)

2. Diriwayatkan dari Sahal bin Sa?ad: Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: Manusia (ummat Islam) masih dalam keadaan baik selama mentakjilkan (menyegerakan) berbuka. ( H.R.: Al-Bukhary dan Muslim)

3. Diriwayatakan dari Anas r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. berbuka dengan makan beberapa ruthaab (kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk. (H.R.: Abu Daud dan Al-Hakiem)

4. Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Apabila salah seorang diantara kamu puasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih. ( H.R : Ahmad dan At-Tirmidzi)

11 jenis manusia didoa malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Friday, July 22, 2011

Adab Dan Ikhtilat di Facebook

Facebook sudah menajdi satu fenomena pada hari ini. Buka facebook setiap hari bagaikan satu kemestian. Di Facebook, kita boleh berkenalan dengan sesiapa saja. Isu yang menjadi perhatian adalah bagaimana kita menjaga adab dan ikhtilat di laman maya ini. Sempadan di laman maya ini sangat luas dan boleh dikatakan tiada sempadan langsung! Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa Favebook tidak salah kerana ianya adalah medium yang baik untuk menyambung silaturahim dan memudahkan perhubungan persahabatan. Benar, memang tiada salahnya. Tetapi apa yang menjadi isunya adalah bagaimana mekanisme untuk kita menjaga adab dan sahsiah seorang Muslim apabila masuk ke dalam alam yang tidak bersempadan ini.


Kita akan diuji dengan gambar-gambar manusia yang pelbagai. Kebanyakan lelaki akan memberikan perhatian kepada profil-profil wanita yang sedap mata memandang. Dan akan mulalah langkah untuk mengayat dan sebagainya. Daripada awalnya yang tidak kenal apa-apa, menjadi kian rapat sehingga bertukar-tukar nombor telefon dan berkemungkinan untuk berkapel itu sangatlah tinggi apabila setiap hari saling menghubungi. Dari mula berkenal-kenal, akhirnya akan merindu-rindu.

Thursday, July 14, 2011

Tips Persiapan Bulan Ramadhan

PertamaI'dad Ruhi Imani, yakni persiapan ruh keimanan.
Orang � orang yang saleh biasa melakukan persiapan ini seawal mungkin sebelum datang Ramadhan. Bahkan mereka sudah merindukan kedatangannya sejak bulan Rajab dan Sya'ban. Biasanya mereka berdoa : "Ya Allah, berikanlah kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya'ban, serta sampaikanlah kami kepada Ramadhan."
Dalam rangka persiapan ruh keimanan itu, dalam surah At-Taubah Allah melarang kita melakukan berbagai maksiat dan kedzhaliman sejak bulan Rajab. Tapi bukan berarti di bulan lain dibolehkan. Hal ini dimaksudkan agar sejak bulan Rajab kadar keimanan kita sudah meningkat. Boleh dikiaskan,bulan Rajab dan Sya'ban adalah masa pemanasan(warming up),sehingga ketika memasuki Ramadhan kita sudah bisa bisa menjalani ibadah shaum dan sebagainya itu bak sudah terbiasa.

Sunday, July 3, 2011

KELEBIHAN BULAN SYAABAN.

Pendahuluan

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Syaaban.

Monday, June 13, 2011

Duhai muslimah sayang

Alhamdulillah sedikit bingkisan hati buat muslimahku tersayang,alhamdulillah diri jua insan muslimah yang diciptakanNya. Sekalipun penuh dengan kekhilafan diri,namunbingkisan hati ini buat renungan kita bersama.
 Duhai muslimah sayang
Indahnya dirimu di sisi Islam tercinta
Martabatmu diangkat oleh Tuhan
Dalam agama yang sempurna ini
Sayang sungguh sayang Allah pada kalian
Duhai muslimah sayang
Terciptanya engkau yang mampu menjadi kekuatan dan kelemahan para muslimin
Janganlah hendaknya dikau pergunakan cara yang salah
Bukankah tinggi tempatmu tercipta dari azali?
Teristimewa dari rusuk lelaki pilihanNYA

Sikap tawadhuk dalam kepimpinan

Cara yang terbaik untuk mengenali sifat sebenar seseorang ialah dengan memberinya jawatan. Seorang manusia akan menampakkan dirinya yang sebenar  apabila memegang sesuatu jawatan. Sama ada bersifat mementingkan diri, suka mengikut pendapat sendiri tanpa berbincang, ataupun bersifat demokrasi,toleransi atau seorang yang bersedia menerima pandangan orang lain.
Satu tafsiran yang salah mengenai kepimpinan yang diperkenalkan oleh seorang pengarang daripada Romania, E.M. Cioran telah menyatakan bahawa,
“Jika seseorang mempunyai rahsia yang mengilhamkan segala rancangan dan tindakannya, rahsia itu sebenarnya adalah ‘Saya mahu disanjung’.

Saturday, June 4, 2011

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Arasy Allah

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, Seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, Seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”

(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)


HURAIAN HADIS :
Pertama : Pemimpin yang adil.
Adalah pemimpin yang dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Nasib rakyatnya adalah terletak di tangannya. Tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak. Keadilan juga merangkumi semua aspek tanpa mengira pangkat, kedudukan atau sebarang kepentingan peribadi dalam menjalankan tugas.

Kedua : Pemuda Yang Kuat Ibadahnya Kerana Allah.

Wednesday, June 1, 2011

Bekas Paderi Memeluk Islam

Oleh: zharifjenn

"SHEIKHYusuf Estes ialah seorang cendekiawan terkenal yang tidak pernah jemu mengembangkan syiar Islam ke seantero dunia serta mengedarkan bahan-bahan ceramah dalam pelbagai medium kepada umat manusia.Ikuti autobiografi penghijrahan akidah beliau dari seorang pengkhutbah Kristian kepada pendakwah Muslim yang aktif dan disegani.

Midwest, tempat kelahiran Yusuf Estes

Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat kepada agama Kristian di Midwest, Amerika Syarikat. Hakikatnya, nenek moyang kami bukan sahaja membina gereja-gereja dan sekolah-sekolah di Midwest ini tetapi keturunan kami juga merupakan orang yang paling awal datang ke situ. 

Tuesday, May 31, 2011

Pesanan Imam Syafie Tentang Nilai Persahabatan

Hayatilah nasihat Imam Shafie ini dan jadilah ia sebagai panduan dalam kehidupan seharian..
PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen. Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More