“…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. Ar-Ra’d [13]:23-24)

ukhwahfillah

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Tuesday, July 13, 2010

Kelebihan Sya'aban

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana-mana tempat untuk mencari air, setengahnya mengatakan bahawa mereka mencari air itu di gua-gua. Sebahagiannya pula mengatakan sebab diertikan demikian kerana ia sebagai pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan. Menurut Yahya...

TIPS UTK HILANGKAN STRESS

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkantekanan hidup. Antaranya ialah :1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwudukJiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduksebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang danmudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakandiri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibacaakan mudah diingati.2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'anGanjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.3)...

Tuesday, July 6, 2010

Zaid memegang bendera Islam

ZAID bin Sabit adalah sahabat Nabi Muhammad dari golongan Ansar yang berasal dari suku kaum Khazraj. Beliau dilahirkan di Madinah pada tahun 611 Masihi dan masuk Islam pada tahun pertama Hijrah. Pada masa Nabi Muhammad, Zaid berperanan menulis wahyu yang diturunkan dan menulis surat bagi disampaikan kepada kaum Yahudi. Semasa mudanya, Zaid sudah mula menghafal surah dan ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad. Semasa hidupnya, Zaid bin Sabit juga terkenal sebagai ahli dalam ilmu al-Quran, tafsir, hadis, dan pembahagian harta pusaka. Oleh yang demikian Zaid diberi gelaran 'ulama masyarakat.' Zaid adalah seorang anak...

Saturday, July 3, 2010

60 PETUA MENDAPATKAN PASANGAN

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati...

JANGAN ADA BENCI

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah KamsahRamai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.Kaedah Mengikis BenciCara yang terbaik untuk mengikis benci ialah...

LOGIKNYA SOLAT DALAM SUDUT PANDANGAN SAINS

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan...

Pages 351234 »

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More