Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Kedatangan BULAN RAMADHAN adalah merupakan rahmat bagi setiap orang yang beriman. Di BULAN ini dibukakan segala pintu-pintu langit, pintu-pintu Syurga dan pintu-pintu rahmat. Setiap amal kebajikan dibalas dengan pahala yang berlipat ganda. Doa mudah dikabulkan dan pintu pengampunan terbuka luas bagi setiap orang yang beriman dan orang-orang yang kembali ke jalan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Sebagai seorang yang beriman, sudah setentunya TIDAK ingin terlepas segala peluang yang ada. Lebih-lebih lagi di BULAN ini banyak keistimewaan dan ganjaran pahalanya. Untuk itu perbincangan kali ini mengingatkan supaya sama-samalah kita mempersiapkan diri sebelum menempuh kehadiran BULAN RAMADHAN, iaitu dengan mendalami perkara yang dilarang dan yang DISUNATKAN ketika melaksanakan PUASA serta KEWAJIPAN-KEWAJIPAN lain yang perlu dilunaskan sebelum kedatangannya.
Persiapan Sebelum Menjelang RAMADHAN
Persiapan kita sebelum menjelangnya BULAN RAMADHAN antaranya:
1. Merasa Gembira Dan Berdoa
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam menggembirakan para sahabatnya sempena menyambut ketibaan BULAN RAMADHAN ketika Baginda menyampaikan khutbah kepada para sahabat yang antara lain mengandungi beberapa panduan dan dorongan untuk memperbanyak amal ibadat dalam BULAN RAMADHAN. Panduan dan dorongan yang diberikan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam itu membuatkan para sahabat merasa gembira menyambut ketibaan BULAN RAMADHAN yang mulia. Sehubungan dengan kegembiraan menyambut RAMADHAN itu, at-Thabarani dan lain-lain meriwayatkan daripada Anas radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam sebelum tiba BULAN RAMADHAN, mulai daripada masuk BULAN Rejab, Baginda sering berdoa. Antara doa Baginda ialah:
Maksudnya: "Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami di BULAN Rajab dan Sya‘ban dan sampaikanlah kami ke BULAN RAMADHAN”.
2. PUASA SUNAT
Sebelum BULAN RAMADHAN, iaitu di BULAN Sya‘ban, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam memperbanyakkan PUASA SUNAT. Oleh itu memperbanyakkan PUASA SUNAT di BULAN Sya‘ban adalah sangat digalakkan kerana mencontohi amalan Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam, kalau TIDAK dapat dibuat semuanya, maka janganlah ditinggalkan semua. Bukan sahaja bagi mengkecapi ganjaran pahala dan rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala, bahkan bagi melatih diri BERPUASA sebelum datangnya BULAN RAMADHAN.
3. Mengqadha PUASA WAJIB
PUASA RAMADHAN yang tertinggal tetap WAJIB diqadha pada bila-bila masa. BULAN Sya‘ban merupakan masa atau peluang terakhir buat tahun itu untuk mengqadha PUASA RAMADHAN yang tertinggal itu. Maksud peluang terakhir di sini ialah bagi mengelakkan membayar fidyah, kerana jika telah masuk BULAN RAMADHAN, sedangkan PUASA RAMADHAN tahun yang sebelumnya belum diqadha, maka di samping KEWAJIPAN mengqadhanya, WAJIB pula mengeluarkan fidyahnya. Bagi sesiapa yang masih belum mengqadha PUASA RAMADHAN tahun lepas, eloklah mengambil kesempatan mengqadhanya pada BULAN Sya‘ban ini agar TIDAK terkena membayar fidyah.
4. Membayar Fidyah
Fidyah dalam hal PUASA bererti bayaran denda kerana TIDAK BERPUASA RAMADHAN dengan sebab-sebab tertentu atau kerana melambat-lambatkan mengqadha PUASA RAMADHAN sehingga masuk RAMADHAN berikutnya. Antara sebab-sebab WAJIB mengeluarkan fidyah PUASA ialah:
i. TIDAK berupaya BERPUASA, iaitu seseorang yang WAJIB BERPUASA tetapi TIDAK sanggup lagi mengerjakannya disebabkan tua atau lemah.
Sekiranya dia BERPUASA, dia TIDAK akan dapat menanggung kepayahannya. Maka orang sedemikian WAJIB membayar fidyah sahaja dan TIDAK DIWAJIBKAN mengqadha PUASANYA.
ii. Orang yang sakit TIDAK ada harapan sembuh dan TIDAK berupaya melakukan PUASA. Maka dia WAJIB membayar fidyah sahaja tanpa mengqadha
PUASANYA. Sementara orang sakit yang ditakuti akan bertambah sakitnya jika dia BERPUASA tetapi ada harapan untuk sembuh, maka TIDAK WAJIB baginya BERPUASA. Tetapi apabila dia sembuh WAJIB ke atasnya mengqadha PUASA yang ditinggalkannya itu tanpa membayar fidyah.
iii. Perempuan hamil atau yang sedang menyusukan anak, iaitu jika sekiranya mereka BERPUASA maka ditakuti akan mendatangkan mudarat kepada anak
yang dikandung atau boleh mengurangkan air susu yang akan memberi kesan kurang baik kepada anak yang menyusu. Dalam hal ini, di samping mereka DIWAJIBKAN membayar fidyah, mereka juga WAJIB mengqadha PUASANYA. Namun jika dia berbuka kerana merasa takut akan kemudaratan dirinya sahaja atau takut akan kemudaratan dirinya dan juga anaknya, maka WAJIB dia mengqadha PUASA sahaja tanpa membayar fidyah.
Orang yang TIDAK mengqadha PUASA RAMADHAN pada tahun berkenaan sehingga masuk RAMADHAN berikutnya tanpa uzur syar‘ie. Di samping WAJIB ke atasnya membayar fidyah (satu cupak bagi sehari PUASA), dia juga WAJIB mengqadha PUASA yang ditinggalkannya itu. Kadar jumlah fidyah tersebut akan berganda (2 cupak bagi sehari PUASA) jika ditangguhkan lagi sehingga datang tahun berikutnya. Demikianlah seterusnya, setahun ke setahun kadar jumlah fidyah akan berganda-ganda jika qadha PUASA TIDAK ditunaikan.
Mendalami Perkara Dilarang Dan Yang DISUNATKAN Ketika PUASA
Setiap muslim hendaklah mengetahui perkara-perkara yang dilarang ketika PUASA serta menjaga adab-adabnya, agar PUASA itu diterima Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan sempurna pula perlaksanaannya. Demikian juga, setiap muslim hendaklah mengetahui perkara-perkara yang DISUNATKAN ketika BERPUASA agar mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda serta mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Antara perkara-perkara yang sepatutnya bahkan WAJIB diketahui ialah:
i. Adab-Adab PUASA
Antara adab-adab yang perlu dijaga ketika seseorang menjalani ibadat PUASA ialah:
a. Menutup pandangan daripada melihat perkara-perkara yang DIHARAMKAN oleh syarak dan daripada melihat perkara-perkara yang boleh
melalaikan hati daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
b. Menutup telinga daripada mendengar perkara-perkara yang DIHARAMKAN supaya TIDAK tergolong ke dalam golongan orang-orang yang suka
mendengar berita bohong.
c. Menjaga lidah daripada mengeluarkan kata-kata yang TIDAK berfaedah seperti berbual-bual kosong, lebih-lebih lagi yang dituntut supaya menjaga
lidah daripada mengeluarkan kata-kata yang DIHARAMKAN seperti mengumpat, berdusta, memfitnah, berbantah-bantah kerana perkelahian, bersumpah bohong dan yang seumpamanya.
d. Memelihara seluruh anggota yang lain seperti tangan, kaki dan sebagainya daripada melakukan perkara-perkara yang TIDAK berfaedah dan yang
DIHARAMKAN.
ii. Perkara-Perkara SUNAT Ketika PUASA
Terdapat beberapa perkara yang SUNAT dilakukan oleh orang BERPUASA, antaranya ialah:
a. SUNAT bagi orang yang hendak mengerjakan PUASA itu bersahur dengan sesuatu makanan walaupun dengan sebiji kurma ataupun seteguk air, kerana
bersahur itu mengandungi keberkatan. Antara keberkatannya ialah dapat membantu seseorang menyiapkan ketahanan dirinya dari segi fizikal untuk mengerjakan ibadat PUASA di siang hari, ia juga dapat membantu mengisi keperluan rohaninya dengan merebut peluang untuk bertahajjud, berzikir, beristighfar dan berdoa pada waktu sahur.
b. SUNAT melambatkan sahur sehingga hampir waktu fajar iaitu kira-kira pada kadar membaca lima puluh atau enam puluh ayat sebelum terbit fajar.
Antara tujuannya ialah untuk memendekkan masa menahan diri daripada kelaparan dan daripada melakukan perkara-perkara yang MEMBATALKAN PUASA.
c. SUNAT bagi orang yang BERPUASA menyegerakan berbuka PUASA terlebih dahulu sebelum dia mengerjakan sembahyang Maghrib iaitu SUNAT
berbuka PUASA dengan tiga biji kurma basah (ruthab). Jika TIDAK ada, memadai dengan kurma kering (tamar) dan jika TIDAK ada, memadai dengan beberapa teguk air. Sesudah selesai menunaikan sembahyang Maghrib baharulah menikmati juadah yang lain.
d. SUNAT bagi orang yang BERPUASA itu sentiasa membasahkan bibirnya dengan berzikir dan berdoa sepanjang hari ketika menjalani ibadat PUASA,
lebih-lebih lagi yang dituntut ketika waktu berbuka PUASA kerana doa orang BERPUASA ketika dia berbuka sangat mustajab dan TIDAK tertolak.
e. Memperbanyakkan membaca al-Qur’an. Al-Imam an-Nawawi menegaskan di dalam kitabnya al-Azkar bahawa hari-hari yang terbaik untuk membaca
al-Qur’an ialah pada hari Jumaat, Isnin, Khamis, Hari ‘Arafah (9 Zulhijjah), sepuluh hari pertama BULAN Zulhijjah dan sepuluh hari terakhir BULAN RAMADHAN, kemudian BULAN terbaik adalah BULAN RAMADHAN. Oleh itu, di BULAN RAMADHAN inilah kesempatan yang paling berharga yang sepatutnya digunakan dengan sebaik-baik mungkin untuk memperbanyakkan membaca al-Qur’an sama ada secara bertadarus ataupun secara berseorangan.
f. Memperbanyakkan sedekah di BULAN RAMADHAN. Kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam adalah orang yang paling pemurah dan dermawan,
lebih-lebih lagi ketika BULAN RAMADHAN. Antara lain fungsi sedekah di BULAN RAMADHAN itu ialah untuk menutupi atau menampal apa-apa jua kecacatan atau kekurangan pada PUASA seseorang.
iii. Perkara-Perkara MEMBATALKAN PUASA
Terdapat beberapa perkara yang MEMBATALKAN PUASA jika dilakukan oleh orang BERPUASA, antaranya ialah:
a. Perempuan yang datang haidh atau nifas ketika dia sedang BERPUASA, maka BATAL PUASA tersebut dan WAJIB diqadha.
b. Makan dan minum dengan sengaja di siang hari BULAN RAMADHAN. Perbuatan sedemikian HARAM hukumnya dan WAJIB diqadha PUASA
tersebut.
c. Muntah dengan sengaja. Iaitu melakukan sesuatu yang menyebabkan dia muntah seperti menjolok-jolokkan lidahnya ke langit-langit kemudian dia
muntah dengan sebab perbuatannya itu.
d. Mengeluarkan air mani dengan sengaja sama ada dengan menggunakan tangan, menyentuh, menggesel, dengan sebab berpeluk-peluk, bercium-cium atau
seumpamanya.
e. Orang yang sedang BERPUASA menjadi gila dengan tiba-tiba, sekalipun gilanya itu hanya dalam tempoh seketika. Orang gila tersebut TIDAK
DIWAJIBKAN qadha PUASANYA.
f. Orang yang sedang BERPUASA yang hilang akal seperti pitam, pengsan atau mabuk sepanjang hari iaitu daripada terbit fajar sehinggalah terbenam
matahari. PUASA orang tersebut BATAL dan WAJIB diqadha. Jika dia sedar dalam tempoh tersebut walau hanya sesaat, maka SAH PUASANYA.
g. Orang yang sedang BERPUASA apabila murtad (keluar dari agama Islam), walaupun sekejap, maka BATAL PUASANYA dan WAJIB qadha apabila
dia kembali semula kepada Islam.
h. Orang yang sedang BERPUASA apabila bersetubuh pada siang hari dengan sengaja dengan memasukkan hasyafah atau kadarnya pada qubul atau
dubur manusia atau binatang, maka BATAL PUASA orang yang melakukan persetubuhan itu dan WAJIB dia mengqadha PUASANYA serta menunaikan kaffarah. Begitu juga kepada orang yang disetubuhi adalah BATAL juga PUASANYA, tetapi WAJIB dia mengqadhanya sahaja tanpa kaffarah. Kaffarah kerana persetubuhan tersebut ialah memerdekakan seorang hamba. Jika TIDAK memperolehinya, maka hendaklah BERPUASA dua BULAN berturut-turut dan jika TIDAK berdaya hendaklah memberi makan enam puluh orang miskin.
i. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengaja melalui lubang yang terbuka dari bahagian tubuh manusia. Maksud dengan "benda" di sini
ialah apa-apa jua benda walaupun sedikit sama ada yang boleh dimakan seperti sebiji lenga atau yang TIDAK boleh dimakan seperti sebutir pasir. TIDAK termasuk maksud "benda" itu ialah rasa, warna atau bau. Yang dimaksudkan dengan "lubang yang terbuka" itu ialah tempat masuk atau keluar sesuatu, sama ada lubang itu semula jadi adanya seperti mulut, hidung dan sebagainya atau yang baru wujud seperti perut atau kepala yang ditebuk. Adapun maksud "sengaja" itu pula ialah dilakukan oleh dirinya sendiri atau dilakukan oleh orang lain dengan keizinannya. Manakala maksud "rongga" pula ialah apa-apa sahaja yang dinamakan rongga sama ada rongga itu mempunyai kuasa memproses makanan atau ubat ataupun TIDAK seperti rongga otak, kerongkong atau rongga mulut, rongga hidung, rongga telinga, perut, dubur, faraj, pundi-pundi kencing, lubang tempat keluar air kencing lelaki dan lubang tempat keluar air susu (al-ihlil).
Penutup
BERPUASA bukan hanya memelihara dan menjaga perkara-perkara yang boleh MEMBATALKAN PUASA, akan tetapi lebih jauh daripada itu ialah menjaga perkara-perkara yang boleh mendatangkan HARAM kepada mana-mana anggota tubuh badan. Oleh kerana itu kita telah diperingatkan bahawa berapa banyak orang PUASA yang TIDAK dapat apa-apa pahala melainkan lapar dan dahaga. BULAN RAMADHAN adalah musim mengaut untung dan laba besar, kerana ganjaran pahala ibadat – sembahyang umpamanya – dilipat gandakan sehingga menjadi 70 kali lipat, bahkan pahala PUASA itu sendiri hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Ketika BERPUASA elakkan perkara-perkara yang boleh melalaikan atau menyebabkan susut nilai amalan di BULAN RAMADHAN, lebih-lebih lagi 10 terakhir di BULAN yang mulia itu, yang di dalamnya ada satu hari yang lebih baik daripada 1000 BULAN. Semoga masa-masa di BULAN RAMADHAN hanya akan dipenuhi dengan amal ibadat.
RENUNGAN: Peringatan BULAN RAMADHAN
BULAN RAMADHAN..banyak keistimewaan dan ganjaran pahala padanya
BULAN RAMADHAN..adalah merupakan rahmat bagi setiap orang yang beriman
BULAN RAMADHAN..dibukakan segala pintu langit, pintu Syurga dan pintu rahmat
BULAN RAMADHAN..setiap amal kebajikan dibalas dengan pahala yang berlipat ganda..
BULAN RAMADHAN..di dalamnya ada satu hari yang lebih baik daripada 1000 BULAN
BULAN RAMADHAN..disambut gembira kedatangannya oleh Rasulullah dan para sahabat
BULAN RAMADHAN..bagi seorang yang beriman akan memperbanyak amal ibadat dalamnya
BULAN RAMADHAN..bagi seorang yang beriman TIDAK akan melepaskan segala peluang yang ada..
BULAN RAMADHAN..doa mudah dikabulkan dan pintu pengampunan terbuka luas bagi setiap orang yang beriman
BULAN RAMADHAN..doa mudah dikabulkan dan pintu pengampunan terbuka luas bagi setiap orang yang kembali ke jalan Allah
BULAN RAMADHAN..ada perkara yang dilarang ketika melaksanakan PUASA yang WAJIB diketahui oleh setiap orang yang Islam
BULAN RAMADHAN..ada perkara yang DISUNATKAN ketika melaksanakan PUASA yang WAJIB diketahui oleh setiap orang yang Islam
BULAN RAMADHAN..ada KEWAJIPAN-KEWAJIPAN lain yang perlu dilunaskan sebelum kedatangannya oleh setiap orang yang Islam..
Sebelum BULAN RAMADHAN..mulai daripada masuk BULAN Rejab digalakkan sering berdoa mohon keberkatan agar sempat bertemu RAMADHAN
Sebelum BULAN RAMADHAN..mulai daripada masuk BULAN Sya'ban digalakkan sering berdoa mohon keberkatan agar sempat bertemu RAMADHAN
Sebelum BULAN RAMADHAN..mulai daripada masuk BULAN Sya'ban sudah memperbanyakkan PUASA SUNAT kerana mencontohi amalan Rasulullah
Sebelum BULAN RAMADHAN..mulai daripada masuk BULAN Sya'ban sudah melatih diri dengan PUASA sama ada PUASA SUNAT atau PUASA qadha..
Sebelum BULAN RAMADHAN..hendaklah mengqadha semua PUASA RAMADHAN yang tertinggal pada tahun itu bagi mengelakkan membayar fidyah
Sebelum BULAN RAMADHAN..hendaklah mengqadha semua PUASA RAMADHAN yang tertinggal pada tahun sebelumnya dan membayar fidyah bagi perempuan
hamil atau perempuan yang sedang menyusukan anak
Sebelum BULAN RAMADHAN..hendaklah mengqadha semua PUASA RAMADHAN yang tertinggal pada tahun sebelumnya dan membayar fidyah dengan kadar
berganda dari setahun ke setahun bagi orang yang meninggalkan PUASA qadha tanpa uzur syari'e
Sebelum BULAN RAMADHAN..hendaklah mengqadha semua PUASA RAMADHAN yang tertinggal tanpa membayar fidyah bagi orang sakit yang ada harapan
untuk sembuh dan juga perempuan hamil yang merasa takut akan kemudaratan dirinya dan juga anaknya
Sebelum BULAN RAMADHAN..hendaklah membayar fidyah tanpa mengqadha PUASA bagi orang yang TIDAK berupaya BERPUASA disebabkan tua atau lemah
seperti orang yang sakit TIDAK ada harapan sembuh..
Semasa PUASA RAMADHAN..ada adab-adab yang perlu dijaga ketika seseorang menjalani ibadat PUASA, antaranya:
Semasa PUASA RAMADHAN..tutup segala pandangan daripada melihat perkara yang DIHARAMKAN oleh syarak
Semasa PUASA RAMADHAN..tutup segala pandangan daripada melihat perkara yang boleh melalaikan hati daripada mengingati Allah
Semasa PUASA RAMADHAN..tutup telinga daripada mendengar perkara yang DIHARAMKAN oleh syarak
Semasa PUASA RAMADHAN..tutup telinga supaya TIDAK tergolong ke dalam golongan orang yang suka mendengar berita bohong..
Semasa PUASA RAMADHAN..jaga lidah daripada mengeluarkan kata-kata yang TIDAK berfaedah seperti berbual-bual kosong
Semasa PUASA RAMADHAN..jaga lidah daripada mengeluarkan kata-kata yang DIHARAMKAN seperti mengumpat, berdusta dan seumpamanya
Semasa PUASA RAMADHAN..pelihara seluruh anggota yang lain seperti tangan, kaki dan sebagainya daripada melakukan perkara yang TIDAK berfaedah
Semasa PUASA RAMADHAN..pelihara seluruh anggota yang lain seperti tangan, kaki dan sebagainya daripada melakukan perkara yang DIHARAMKAN..
Semasa PUASA RAMADHAN..ada beberapa perkara SUNAT digalakkan kepada orang yang BERPUASA, antaranya:
Semasa PUASA RAMADHAN..SUNAT bersahur dengan sesuatu makanan walaupun dengan sebiji kurma atau seteguk air
Semasa PUASA RAMADHAN..SUNAT merebut peluang untuk bertahajjud, berzikir, beristighfar dan berdoa pada waktu sahur
Semasa PUASA RAMADHAN..SUNAT membaca pada kadar lima puluh atau enam puluh ayat sebelum terbit fajar
Semasa PUASA RAMADHAN..SUNAT melambatkan sahur sehingga hampir waktu fajar..
Semasa PUASA RAMADHAN..SUNAT sentiasa membasahkan bibir dengan berzikir dan berdoa sepanjang hari
Semasa PUASA RAMADHAN..SUNAT memperbanyakkan membaca al-Qur’an sama ada secara bertadarus ataupun berseorangan
Semasa PUASA RAMADHAN..SUNAT memperbanyakkan sedekah untuk menutupi atau menampal apa-apa jua kecacatan atau kekurangan pada PUASA..
Semasa PUASA RAMADHAN..SUNAT menyegerakan berbuka PUASA terlebih dahulu sebelum mengerjakan sembahyang Maghrib
Semasa PUASA RAMADHAN..SUNAT berbuka PUASA dengan tiga biji kurma basah (ruthab) atau kurma kering (tamar) atau beberapa teguk air
Semasa PUASA RAMADHAN..SUNAT berdoa ketika waktu berbuka PUASA kerana doa ketika berbuka sangat mustajab dan TIDAK tertolak..
Semasa PUASA RAMADHAN..ada beberapa perkara yang boleh MEMBATALKAN PUASA seseorang, antaranya:
Semasa PUASA RAMADHAN..perempuan yang datang haidh atau nifas maka BATAL PUASA tersebut dan WAJIB diqadha
Semasa PUASA RAMADHAN..makan dan minum dengan sengaja di siang hari adalah HARAM dan WAJIB diqadha PUASA tersebut
Semasa PUASA RAMADHAN..muntah dengan sengaja disebabkan perbuatan menjolok lidah ke langit-langit maka BATAL PUASA tersebut
Semasa PUASA RAMADHAN..mengeluarkan air mani dengan sengaja menggunakan tangan atau seumpamanya boleh MEMBATALKAN PUASA..
Semasa PUASA RAMADHAN..menjadi gila dengan tiba-tiba sekalipun seketika boleh MEMBATALKAN PUASA dan TIDAK DIWAJIBKAN qadha
Semasa PUASA RAMADHAN..hilang akal seperti pitam, pengsan atau mabuk sepanjang hari hingga waktu berbuka maka BATAL PUASA dan WAJIB diqadha
Semasa PUASA RAMADHAN..hilang akal seperti pitam, pengsan atau mabuk jika sedar sebelum waktu berbuka walau hanya sesaat adalah SAH PUASA
Semasa PUASA RAMADHAN..murtad (keluar dari agama Islam) walaupun sekejap maka BATAL PUASA dan WAJIB qadha apabila kembali kepada Islam..
Semasa PUASA RAMADHAN..bersetubuh pada siang hari dengan sengaja maka BATAL PUASA dan WAJIB diqadha serta kena kaffarah bagi yang menyetubuhi
Semasa PUASA RAMADHAN..bersetubuh pada siang hari dengan sengaja maka BATAL PUASA dan WAJIB diqadha tanpa kaffarah bagi yang disetubuhi
Semasa PUASA RAMADHAN..memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengaja melalui lubang yang terbuka dari bahagian tubuh maka BATAL PUASA..
Mudahan segala adab-adab PUASA, perkara-perkara SUNAT PUASA dan perkara-perkara MEMBATALKAN PUASA dijaga sebaik-baiknya ketika menjalani ibadat PUASA RAMADHAN kali ini!
Forward emel.
1 comments:
salam... saya mohon copy ye..
Post a Comment