“…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. Ar-Ra’d [13]:23-24)

ukhwahfillah

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Wednesday, September 29, 2010

HARAPAN IBUBAPA

HARAPAN IBUBAPA SATU HARI NANTI APABILA KAMU MELIHAT KAMI MENJADI TUA, LEMAH, BERKEDUT, PELUPA, HODOH, BURUK, TIDAK CERGAS,NANYUK DAN TIDAK BERMAYA BERSABARLAH WAHAI ANAKKU DAN CUBA MEMAHAMI DIRI KAMI JIKA KAMI MAKAN, BERSELERAK, MENGOTORKAN MEJA, MEMECAHKAN PINGGAN KERANA TIDAK MAMPU MEMEGANG PINGGAN LAGI, KAMI TIDAK MAMPU UNTUK MENYUAPKAN NASI KE MULUT KAMI, JANGANLAH MEMAKI HAMUN KAMI SEPERTI ANJING KURAP DAN INGATLAH KETIKA KAMU MASIH KECIL KAMI MENYUAPKAN MAKANAN KE MULUT KAMU DENGAN HARAPAN KAMU MENJADI ANAK YANG SIHAT DAN DAPAT MENERUSKAN KEHIDUPAN, BERBEZA DENGAN KAMU YANG MENYUAPKAN NASI KE MULUT KAMI YANG MENGHARAPKAN KAMI MATI SEGERA. JIKA...

Wednesday, September 22, 2010

Tamakninah yang selalu diabaikan

Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar  Solat yang berkualiti itulah solat yang diterima oleh Allah. Apakah yang menjadikan solat itu berkualiti? Inilah persoalan yang seharusnya difikirkan oleh umat Islam sebelum melaksanakan solat. Mengapa? Tanpa kualitilah yang menyebabkan umat Islam hari terus terjebak dengan dosa walaupun melakukan solat. Kualiti pada solat dinilai pada tiga perkara: 1. Hatinya ketika niat solat.Seseorang yang niatnya untuk menghadap Allah dengan hati yang ikhlas itulah niat yang berkualiti. Di sini ada juga yang berniat solat dalam keadaan terpaksa, malu alah dengan orang lain. Jadi, bersihkan hati dengan penuh bersedia...

Laut Terbelah...Fenomena Alam laut terbelah di korea selatan

Dizaman nabi musa laut terbelah menjadi satu kisah utama dan hari ini allah membuktikan bahawa laut terbelah hasil mukjizat nabi musa boleh dilihat di dunia hari ini. cuma yang membezakannya adalah berlainan tempat dan waktu berlakunya laut terbelah. Pulau Jindo mengesahkan dan membuktikan bahawa laut terbelah tidak mustahil bagi allah. keajaiban laut terbelah boleh disaksikan di pulau jindo.fenomena ajaib dizaman ini berlaku iaitu dalam masa sejam dan berlaku 2 hingga 3 kali setahun. laut terbelah akan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8km. Salah satu fenomena yang tidak kurang menariknya adalah kejadian laut terbelah yang berlaku di...

Sunday, September 19, 2010

Kesilapan solat berjemaah

KESALAHAN MAKMUM1. Tidak bersegera menempati saf pertama bagi orang yang datang lebih dahulu Sebahagian orang datang cepat ke masjid dan melihat banyak tempat yang masih kosong di saf pertama, tetapi lebih suka di duduk saf belakang , ada yang sengaja duduk saf belakang agar boleh bersandar pada tiang atau dinding masjid. Semua ini menyalahi perintah Nabi SAW agar bersegera menempatkan di saf pertama.Rasulullah SAW bersabda: لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا “Seandainya manusia mengetahui pahala yang terdapat dalam azan dan saf...

Wednesday, September 15, 2010

Puasa enam: Bolehkah disatukan dengan puasa qada

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman WalaahMATLAMAT puasa jika dikerjakan dengan penuh penghayatan akan dapat membentuk manusia menjadi orang yang bertakwa sebagaimana perkara ini dijelaskan oleh Al-Quran. Di samping itu puasa juga merupakan ibadat yang istimewa di sisi Allah Subhanahu Wataala kerana setiap ganjaran atau balasan kepada orang yang berpuasa diberikan dan dinilai oleh Allah Subhanahu Wataala sendiri sebagaimana yang disebut oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya : "Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Allah Subhanahu Wataala...

Saturday, September 4, 2010

Makan cara Rasulullah SAW

Sejak kita dilahirkan sudah ada idola yang harus menjadi ikutan kita dalam kehidupan seharian. Iaitu Nabi Muhammad. Adalah sunah kita mengikut kebiasaan Rasulullah SAW seperti cara makan Rasulullah SAW. Tak lama lagi kita akan menyambut hari lebaran dan biasanya orang kita akan makan secara berlebihan. Sebelum itu mari kita renungkan kaedah makan Rasulullah SAW dan mengikutinya. Insyallah perut kita selamat daripada buncit dan sakit perut.1. Membaca Bismillah ketika hendak makan, dan mengakhirinya dengan membaca Alhamdulillah. Barangkali hikmah membaca Bismillah dan Alhamdulillah bagi seorang muslim selalu mengingat bahawa makanan yang hendak...

Pages 351234 »

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More