“…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. Ar-Ra’d [13]:23-24)

ukhwahfillah

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Sahabat alam maya

Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat. Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.~imam Syafie~

persahabatan dan kemesraan..

SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.

I love my friend always n forever..

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari" ( Saidina Ali)

sahabat itu bukan pada pertemuan tp ingatan yang tidak pernah pudar

" Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"(Saidina Ali)

Saturday, August 20, 2011

Rebutlah peluang 10 malam terakhir...mungkin Ramadhan ini yang terakhir buat kita

Menghidupkan malam Qadr mempunyai fadilat yang amat banyak kerana Allah SWT menjadikan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda:
Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Dosa itu merangkumi sama ada dosa kecil ataupun dosa besar. Tetapi pendapat yang terkenal mengenai hadith ini menunjukkan kepada dosa kecil sahaja yang akan diampunkan. Dosa besar tidak akan diampunkan kecuali dengan taubat nasuha serta memenuhi syaratnya iaitu menyesal di atas perbuatan itu, berazam tidak tidak akan mengulangi untuk melakukan dosa dan memulangkan hak sesiapa yang diambil.

Imam Nawawi berkata: Telah maklum bahawa pengampunan dosa hanyalah untuk dosa-dosa kecil sahaja.

Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan, Taqwa, Al-Quran dan Transformasi





ramadhan312
Salam ukhuwwah dan mahabbah fillah…
Tetamu agung datang bertandang setiap tahun. Membawa pelbagai hikmah dan barakah, buat insan yang tidak pernah kenal jemu dan lelah, bagi mencari spirit ruhiyah dan didikan rabbaniyah. Itulan bulan tarbiyah, bulan tazkiyyah, bulan untuk meningkatkan kualiti taqwa sebagai bekal mengharungi bulan-bulan selanjutnya.
Ramadhan seharusnya dekat di hati kita, padanya kita mengambil bekalan dan kekuatan untuk menggilap iman dan taqwa, membugar niat, mentajdid tekad dan mentranformasikan diri dari segala kekangan nafsu kepada kemerdekaan fitrah, membebaskan diri kita dari bertuhankan hawa nafsu kepada membulatkan perhambaan kepada Allah.
Inilah matlamat dan visi agung (maqasid) pensyariatan puasa di bulan Ramadhan. Visi yang meletakkan taqwa sebagai neraca kualiti seorang manusia bahkan kualiti sebagai seorang pendakwah di jalan allah. Kalimah “la ‘allakum tattaqun’ menunjukkan bahawa semangat dari kewajipan puasa ialah melahirkan graduan yang beroleh segulung ijazah taqwa hasil kursus, latihan, dan kem selama 30 hari di universiti Ramadhan ini.
Taqwa dan tazkiyah an-nafs inilah yang menjadi pra-syarat kejayaan dan kemenangan Islam. Banyak ayat-ayat yang memberikan penekanan dan keutamaan taqwa sebagai asas penentu segala kejayaan dan kemenangan. Antaranya :
in tattaqullah hayaj ‘allakum furqanaa”
[ jika kamu bertaqwa kepada Allah, allah akan memberikan kamu pembeza antara haq dan batil]
‘ wa maiyattaqillaha yaj’allahu makroja wa yarzukuhu min haisula yahtasib..’
[ barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, allah pasti akan memberikan jalan keluar dan memberikan rezeki dari jalan yang tidak ketahui ]
‘ wattaqullah wa yu’allimukumullah..
[ bertaqwalah kepada allah,pasti allah akan memberikan ilmu dan pengetahuan..]
Al-Quran mengulang-ulang perkataan taqwa dalam setiap perintah dan suruhannya kepada orang-orang mukmin bagi mengingatkan mereka bahawa persoalan taqwa, persoalan iman, persoalan hati adalah persoalan induk di dalam tarbiyah., persoalan survival dakwah dan kewujudan ummah Islamiah tersebut. Tarbiyyah Imaniyah inilah menjadi pokok dan inti kekuatan Harakah Islamiah dan rahsia keagungan umat dalam membina empayar iman dan keutuhan peradabannya.
Sementara itu, proses berlapar dan menahan diri dari  makan minum serta melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa memberikan isyarat bahawa kita dilatih supaya meletakkan kepentingan allah mengatasi kepentingan perut, nafsu dan diri sendiri. Inilah makna dan inti dari syariat puasa di bulan Ramadhan.
Allah juga telah memberikan keistimewaan Ramadhan ini dengan memuliakannya dengan syariat puasa. Begitu juga kemulian Ramadhan ini dengan penurunan Al-Quran sebagai manual panduan kepada umat Islam. Pakej  Ramadhan yang diisi dengan kefardhuan puasa dan wahyu Al- Quran ini memberikan isyarat betapa umat Islam perlu kembali menjadikan Al-Quran sebagai rujukan terbesar di daalm kehidupan mereka, sumber perundangan dan asas-asas kehidupan mereka.
ramadhan1Betapa saban tahun, kita melihat umat Islam memasuki Ramadhan tanpa  menjadikan al-Quran kitab panduan mereka, KPI bagi kehidupan mereka, bahkan ada yang menyeleweng dari kefahaman al-Quran, berpaling dari mengikuti ajaran-ajaran al-Quran sehingga ada yang mencerca dan menghina Al-Quran. Al-Quran yang sepatutnya menjadi sumber energi kekuatan umat, telah hilang dan lenyap dari hati-hati umat islam. Umat Islam tidak berusaha menggali dan meneroka , mencari spirit dan kekuatan dari al-Quran bagi memajukan diri mereka sama ada dari aspek keilmuan, ekonomi, politik, pendidikan dan kepemimpinan.
Dalam dunia pembangunan sumber manusia hari ini, kita bercakap soal IQ,EQ, SQ dan sebagainya. Asas kepada kecemerlanganIQ, EQ dan SQ berpaksikan kepada kecerdasan al-Quran (QQ). Al-Quran inilah telah melahirkan rijal-rijal umat, membina ummah islamiyah, mengangkat pemerintahan Islam dan membentuk wilayah tamadun Islam.
Al-Quran inilah telah menempa dan merubah hati Umar Al-Khattab sehingga membentuk beliau menjadi pahlawan dan Khalifah Islam yang hebat dan dikenali. Al-Quran inilah yang menukar bangsa Arab dari jahiliyah kepada islam. Al-Quran inilah telah membina masyarakat Islam dan Daulah Islam madinah. Al-Quran inilah telah menjadi asas kepada peluasan wilayah Islam sehingga menebar sebagai kuasa dunia (ustaziyatul alam) dan menjadi satu tamadun besar Islam ( Hadharah Islamiah Kubra)
Marilah kita mengisi Ramadhan  dengan melakukan sebanyak mungkin ibadah, meningkatkan taqarrub kita, memperbaharui bai’ah kita pada Allah dan Rasul, meningkatkan iltizam dan komitmen kita agar kita nanti keluar sebagai Insan Rabbani, Da’ei Muttaqi dan Murabbi Qawiyy.
Salam Ramadhan el-Mubarak..Salam Perubahan
Ramadhan Bulan Tajdid dan Tranformasi
http://maalimfitariq.wordpress.com/2009/08/17/ramadhan-taqwa-al-quran-dan-transformasi/

Sunday, August 7, 2011

8 Pengertian Cinta Menurut Qur’an

Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu).
 Kata Nabi juga,ciri dari cinta sejati ada tiga:
 1. Lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
2. Lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan
3. Lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri
sendiri.
 Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan
Allah SWT, dengan membaca firman-Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT
dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Alloh SWT daripada perintah yang lain.
 Dalam Qur’an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More