“…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. Ar-Ra’d [13]:23-24)

Saturday, June 19, 2010

Kamu sembahyang lima waktu tetapi….

Kamu sembahyang lima waktu tetapi….
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya. Jika sembahyang mu 10 minit, cuma 10 minit itu saja ingatanmu padaNya. Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadanya?Kamu sembahyang lima waktu tetapi….
Bagaimana lafaz ikrar mu kepadaNya. Tulen atau hanya sebutan dimulut sahaja. Sama seperti burung kakak tua yang petah berkata-kata?
Kamu sembahyang lima waktu tetapi….
Kamu tidak bersyukur padaNya….. kamu pada dahulunya amat susah. Allah yang memberi rezeki kepadamu, dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu , membeli rumah , kereta dan sebagainya.. …..tetapi hatimu masih belum puas , kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi….
Kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman-teman mu, menyakiti hati mereka , menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa kamu saja yang baik dan sempurna sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi….
Kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amalan kamu , dengan ibadah kamu , dengan kehebatan kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redha dengan apa yang ada di sisi kamu itu.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi….
Kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu, menggunakan wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka. Kamu sembahyang lima waktu tetapi…. kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wang mu untuk bersedekah berzakat kepada mereka yang memerlukan kerana takut wang kamu akan habis.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi….
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh-sungguh sedangkan kamu yang berperasan gigih berkerja hanya bekerja seperti hidup segan, mati tak mahu.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi….
kamu mengabaikan anak isterimu yang di rumah kerana kamu rasa kamu raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu. Rezeki dibawa pulang untuk mereka langsung tidak dikira sumber halal haramnya.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi….
Kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah. Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?
Kamu sembahyang lima waktu tetapi….
Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.
Ingatlah…jika kamu taat bersembahyang 5 waktu tetapi masih juga melakukan perkara-perkara di atas , tidakkah kamu terfikir mungkin amalan kamu itu belum lagi sempurna dan tidak diterima?
Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud
“Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”.
Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud
“Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang”.
Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.
Sekian, Wassalam.
P/s : Jika tidak keberatan sila sebarkan entri ini kepada teman-teman yang lain. Bersama kita jadikan ‘tolong ingat mengingati’ sebagai amalan harian kita. InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More