“…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. Ar-Ra’d [13]:23-24)

Sunday, February 14, 2010

Keajaiban Selawat

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,
nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR
Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat
fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,
insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @
wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air
dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5
waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua
masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah
akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah
untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan
izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang
lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali
pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah
seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan
sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat,
Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di
akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana
Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di
kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh
ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya
setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin
keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat
kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai
solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada
sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari,
Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta
bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan
kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat
keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin,
akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan
yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan
memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat
kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat
berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda
SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW
dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali
tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan
dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari,
Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-
sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha
Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari
tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun
dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu
menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan
hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam
kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap
selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik
dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti
dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak
100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat
dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada
waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh
syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More