“…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. Ar-Ra’d [13]:23-24)

Friday, February 12, 2010

Memperkukuhkan parti politik Islam

Oleh Abu Firdaus
Detikdaily 
                      Apabila disebut sebagai pelopor gerakan Islam, maka seringkali rujukannya adalah pada Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Hassan Al-Banna di Kaherah, Mesir. Tetapi Ikhwanul Muslimin di Mesir tidak pernah menjadi sebuah parti politik walaupun wakil-wakilnya menjadi ahli parlimen. Ini kerana Ikhwanul Mulsimin tidak diiktiraf oleh kerajaan di negara itu. 

Bagaimanapun, di negara-negara Arab lain, ia muncul sebagai parti politik. Antaranya ialah di Jordan. Namun begitu, ia tidaklah bergerak sebagai parti polituik yang difahami umum kerana sistem parlimen di negara itu bgukanlah benar-benar demokrasi berparlimen.

Satu lagi gerakan Islam yang bergerak sebagai parti politik dan juga dilihat sebagai pelopor ialah Jamaati Islami yang pernah dipimpin oleh Abu A Ala Maududi di India dan Pakistan. Sungguhpun ia menjadi parti politik tetapi asal usulnya yang bersifat jemaah menjadikannya tidak bergerak sebagai sebuah organisasi demokratik. Tambahan pula, persekitaran demokrasi di Pakistan adalah dicurigai kebebasannya.

Satu lagi gerakan Islam moden yang muncul sebagai parti politik ialah Masyumi di Indonesia. Ketiga-tiga kumpulan ini, Ikhwanul Muslimin, Jamaati Islami dan Masyumi dianggap sebagai antara pelopor parti Islam yang kemudiannya mempengaruhi sifat dan tradisi PAS di Malaysia. 

Tetapi Masyumi pun bermula bukan sebagai parti politik. Ia berasal daripada sebuah majlis. Namanya pun Majelis Syuro Muslimin Indonesia (Masyumi) dan merupakan gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam di Indonesia. Ia merupakan majlis perundingan. Tetapi gerakan terasnya ialah Sarekat Islam. Walaupun ia merupakan pertubuhan politik tetapi pada asalnya ia merupakan pertubuhan saudagar orang peribumi, tidak kira Islam atau tidak. Disebut Islam bagi membezaaknnya dengan pertubuhan bukan peribumi yang terdiri daripada saudagar Cina dan Eropah. 

Justeru, jika dibandingkan dengan Ikhanul Muslimin, Jamaati Islami dan Masyumi, maka PAS merupakan gerakan Islam yang ditubuhkan dalam bentuk yang benar-benar sebagai parti politik. Bukan itu saja, ia merupakan parti politik yang bergerak dalam persekitaran demokrasi yang secara konsisten beroperasi sejal penubuhannya. 

Ikhwanul Muslimin ditubuhkan ketika Mesir di bawah pemerintahan Al-Malik Farouk dengan Mesir diopengaruhi kuat oleh Britain dan Perancis. Setelah raja ditumbangkan, Mesir diperintah secara satu parti oleh Persiden Gamal Nasser. Begitulah keadaan berterusan di bawah pemerintahan Anwar Sadat dan hosni Mubarak yang petsekitaran politik di negara itu tidaklah demokratik atau berbentuk pelbagai parti. 

Begitu juga dengan Jamaati Islami. Pakistan diperintah oleh tentera dalam waktu jangka masa yang panjang walaupun silih berganti. Daripada Ayub Khan, Zia ul Haq hingga kepada Pervez Musharraf, Paksiatan dikuasai tentera. Silih berganti ia diperintah oleh kerajaan awam tetapi negara itu sukar untuk dikatakan memiliki persekitaran demokratik. 

Keadaan itu tidak jauh berebza dengan Indonesia. Pada masa pilihan raya awal pada tahun 1950-an, Masyumi tuirut sertai pilihan raya pelbagai parti pertama diadakan. Ia berjaya meraih undi paling banyak dan dipanggil menubuhkan kerajaan di bawah Presidebn Sukarno. Tetapi kemduian Indoensia membatalkan sistem demokrasi dan digantikan dengan pemerintahan secara autokratik di bawah nama demokrasi terpimpin. Setelah Sukarno tumbang, parti Islam dipaksa bergabung untuk melahitrkan Partai Persatuan Pembangunan (PPP). Maknanya dalam sejarahnya, persekitaran demokrasi Indonesia tidak wujud hinggalah pada zaman Reformasi. 

Tetapi PAS sejak dari awal munculs ebagai parti politik yang tersusun dan melibatkan diri dalam proses pilihan raya dan demokrasi. Walaupun denagn pelbagai kekangan tetapi demokrasi di Malaysia lebih berkesan daripada Mesir, Pakistan dan Indonesia pra-Reformasi. 

Justeru PAS merupakan parti Islam unggul dalam sejarah parti politijk dunia. Maka pengalaman politik oleh PAS bergerak dalam sistem demokrasi adalah jauh lebih lama dan matang berbanding dengan kumpulan-kumpulan Islam yang lain. Kesedaran ini perlu kerana seringkali sebagai orang Melayu terdapat kecenderongan untuk mengkagumi pertubuhan-pertubuhan politik di luar sedangkan PAS sendirikaya dengan pengalaman ebrharga. Cumanya PAS tidak mendokumentasikan serta tidak berusaha mempelajari pengalaman lalu yang sarat dengan ilmu dan kebijaksanaan. 

Cuba bayangkan kalau PAS berjaya mengumpulkan semua domkumentasi pengalamannya secara agak terperinci di semua kawasan pilihan raya yang ia pernah terlibat, pasti pelajaran ebsar dapat diperoleh dan menjadi panduan bagi mencapai kejayaan. 

Lebih-lebih lagi jika PAS mengira bahawa perjuangannya merupakan lanjutan kepada parti Islam yang pertama di negara ini iaitu Hizbul Muslimin yang ditubuhkan di Gunung Semanggol, dan selanjutnya menjadi parti komponen kepada Pusat Tenagar Rakyat (Putera) pimpinan Burhanuddin Al-Helmy. 

Sememangnya setelah kegagalan Putera yang dibubarkand engan banyak pemimpinnya ditahan termasuk Burhanuddin, banyaklah aktivis politik Islam menyertai Umno, khususnya dalam Biro Agama. Apabila biro ini menubuhkan Persatuan Islam Se-Tanah Melayu, maka jalan bagi mengatur sebuah parti Islam semakin jelas. 

Maka ternyata PAS muncul sebagai parti politik berjaya apabila pilihan raya pertama selepas negara mencapai kemerdekaan, ia berjaya mengalahkan Umno di Kelantan dan Terengganu untuk menubuhkan kerajaan negeri. Sepanjang sejarahnya PAS terus matang. Kini ia mampu memerintah Kedah. Juga menjadi rakan pemerintahan di Perak dan Selangor. PAS adalah sebuah parti yang berjaya yang kini memberi harapan kepada rakyat Malaysia. nnn

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More