TUGU pengasas Coca Cola, John Pemberton ditutupi salji di Muzium The World of Coke di Atlanta, Georgia. |
NORMAN: Semua 50 negeri di Amerika Syarikat tidak lama lagi akan dilitupi salji dalam tempoh beberapa hari lagi.
Seorang penyelidik Universiti Oklahoma, berkata salji akan melitupi semua negeri Amerika pada hujung minggu depan dan sedang berusaha mengambil gambar fenomena itu.
Pakar cuaca di Makmal Salji Global juga sedang memeriksa rekod tetapi memerlukan beberapa hari lagi untuk mengesahkannya.
Sehingga pagi kelmarin, 67.1 peratus wilayah Amerika dilitupi salji. Kebiasaannya, pada masa ini, hanya 40 atau 50 peratus wilayah mengalaminya.
Ketua Makmal Salji Global, David Robinson, berkata salji direkodkan di beberapa stesen khas pada masa tertentu saja. Beliau berkata, keadaan ini dihasilkan oleh fenomena cuaca El Nino.
Salji melitupi Ardmore sehingga Dallas dan Louisiana di selatan. Bagi kebanyakan penduduk, ia adalah pemandangan putih yang jarang dilihat. Namun, keadaan lebih teruk di utara selepas dua ribut salji berlaku dalam tempoh seminggu.
Cuaca seperti ini menyebabkan Marsh memilih untuk menjadi pakar kaji cuaca. Ketika salji turun di luar Pusat Cuaca Nasional di sini, Marsh mengesan apa yang dianggap fenomena jarang berlaku.
Marsh, kakitangan di Makmal Ribut Besar Kebangsaan (NOAA) di sini, akan cuba mengumpul gambar salji di semua 50 negeri.
"Saya meminta gambar salji sejak tengah hari kelmarin. Jika dapat dari semua 50 negeri saya akan meletakkannya dalam peta Google Earth," katanya. � Agensi
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dunia/20100213220004/Article/indexworld_html
0 comments:
Post a Comment