“…Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. Ar-Ra’d [13]:23-24)

Tuesday, February 16, 2010

LUASNYA NERAKA..!

27 January 2009

Foto PRO CORBIS

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindungilah dan peliharakanlah kami, kedua ibu bapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu, Ya Allah.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurga-Mu, namun tidak pula kami sanggup untuk ke neraka-Mu.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan rahmat-Mu Ya Allah.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Rasulullah pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya. Maka Rasulullah bertanya, “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”

Jawabnya, “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”

Lalu nabi s.a.w. bersabda, “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.”

Jawabnya, “Ya, ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi, nescaya akan mati penduduk bumi kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”

Nabi s.a.w. bertanya, “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?”

Jawabnya, “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (NOTA: iaitu yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w., “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”

Jawab Jibrail, “(1) Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah. (2) Pintu kedua, tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, (3) Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar, (4) Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, (5) Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah, (6) Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa'eir.”

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya, “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?”

Jawabnya, “(7) Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai
mati belum sempat bertaubat.”

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga Rasulullah sedar kembali selepas sedar, Rasulullah bersabda, “Ya Jibrail, sungguh aku risau dan sedih, adakah ada umatku yang akan masuk ke dalam neraka?”

Jawab Jibrail, “Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu.”

Kemudian Rasulullah menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Rasulullah masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang, kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan apabila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

Dari Hadis Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanam-Ku itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More